Tahun lalu, pihak Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan warna baharu biru dan kelabu matt bagi model Yamaha YZF-R25.

 

Setelah hampir setahun, HLYM sekali lagi memperkenalkan dua pilihan warna baru bagi supersport itu menerusi warna biru perlumbaan dan hitam matt. Selain itu, jentera berkenaan turut menerima grafik baharu agar tampil segar di pasaran.

 

Sudah pun berada di pasaran, harga jualan YZF-R25 ialah RM20,630.78 (tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). Harga masih kekal sama tanpa sebarang kenaikan.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.647135.1490082056!/image/image.jpg

 

Untuk makluman, warna lama  YZF-R25 sudah dihentikan pengeluarannya.

 

Yamaha YZF-R25 menggunakan enjin Diasil silinder dua sebaris, DOHC dengan sistem penyejukan cecair.  Enjin 250cc itu mampu menghasilkan kuasa 26.5kW pada 12,000 rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm. Penghantaran kuasa lancar ke roda ditugaskan kepada kotak gear enam kelajuan.

 

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada suspensi teleskopik di hadapan dan monocross di belakang. Dengan reka bentuk badan yang ringan bersama titik graviti sempurna, nisbah berat kuasa berada pada tahap yang terbaik.