Tayar kereta adalah salah satu komponen penting pada kenderaan dan mengundang kecelakaan sekiranya haus.  Kemalangan adalah sesuatu yang tidak mampu dijangkakan. Tetapi adalah baik mencegah.

 

Salah satu hal yang paling membuatkan hati menjadi sebal apabila tayar kenderaan anda pancit. Maka, di sinilah kepentingan memiliki tayar ganti di but belakang.  Pada masa kini kebanyakan kenderaan dilengkapi dengan tayar donat.  Atau lebih kerap disebut tayar ganti atau tayar spare.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640212.1489039189!/image/image.jpg

 

Tayar donat sebenarnya tayar sementara. Bukanlah tayar ganti.  Tayar jenis ini lebih kecil agar mudah disimpan di bawah pelapik atau lantai bawah but. Mengapa tayar donut direka kecil? Ini bagi menjimatkan ruang dan mengurangkan berat kereta.

 

Tugas tayar ini memastikan anda dapat memandu kenderaan ke rumah atau bengkel terdekat dengan selamat. Kemudian menggantikan atau menampal tayar yang sebenar.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640213.1489039267!/image/image.jpg

 

Pernah ketika di Lebuh Raya Utara Selatan, penulis terlihat satu kereta sedan ini memandu menggunakan tayar donat. Tidak pasti berapa jauh perjalanan yang dilakukan oleh kereta itu dengan tayar donatnya. Mungkin si pemandu tiada pilihan.

 

Banyak manual pengguna menyarankan perbatuan tertentu untuk tayar donat, iaitu purata 80 kilometer (km) dan 113km. Tetapi saranan penulis adalah baik sekiranya anda cepat menggantikan dengan tayar asal. Agar tiada perkara tidak diingini berlaku.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640215.1489039344!/image/image.jpg

 

Di sini, antara senarai yang perlu anda beri perhatian apabila menggunakan tayar donat:

 

1.  PANDU PERLAHAN

Apabila menggunakan tayar ganti, perlu mengekalkan kelajuan yang rendah. Tayar donat bukan dibuat untuk memandu laju seperti tayar konvensional. Disebabkan saiz yang lebih kompak, dinasihatkan tidak memandu melebihi kelajuan 80 kilometer sejam. Untuk langkah keselamatan pandulah di laluan paling kiri apabila menggunakan tayar donat.

 

2.  BERAPA LAMA ANDA BOLEH MENGGUNAKAN TAYAR DONAT

Seharusnya anda menggunakan tayar donat hanya ketika kecemasan. Jika anda menggunakannya terlalu lama tanpa menukarkan kepada tayar asal secepat mungkin akan menyumbang kepada kebarangkalian ia pancit. Sekurang-kurangnya tayar itu digunakan sejauh 80km.  Bagaimanapun, periksa dahulu dengan pengeluar kenderaan anda mengenai perbatuan yang disarankan- boleh jadi kurang dan lebih.

 

3. PEMBREKAN, PENGENDALIAN DAN PEMBELOKAN TERJEJAS

Tayar donat menjejaskan karakteristik pembrekan, pengendalian dan pembelokan sesebuah kenderaan. Disebabkan saiz yang lebih kecil berbanding tayar tradisional, kualiti membrek dan mengawal kereta akan menurun. Kereta juga cenderung senget apabila menggunakan tayar donat dan situasi memerlukan anda segera menggantikan tayar pancit.

 

4. PERIKSA TEKANAN ANGIN TAYAR DONAT

Periksa buku manual untuk mengetahui tekanan tayar yang betul bagi tayar ganti anda. Dalam kebanyakan kes, tekanan angin tayar donat ialah 60 paun inci persegi (PSI). Kita tidak akan tahu bilakah tayar akan menjadi pancit. Maka perlulah selalu memeriksa, tekanan angin tayar donat anda. Supaya ia boleh berkhidmat apabila diperlukan.

 

5. SISTEM KESELAMATAN TIDAK BEROPERASI CEKAP

Seperkara lagi yang perlu diingatkan apabila memandu dengan tayar donat ialah ciri kawalan stabiliti elektronik (ESC) dan sistem kawalan traksi (TRS) tidak dapat beroperasi dengan cekap.  Maka, pandulah dengan perlahan dan tidak perlu terburu-buru. Keselamatan adalah lebih utama.

 

SUMBER: Your Mechanics