Tiga model jentera klasik taruhan BMW Motorrad Malaysia ini bakal membuatkan peminat dua roda terpikat. Model tersebut ialah BMW R nineT, BMW R nineT Pure dan BMW R nineT Racer baharu.  Varian terkini di bawah rangkaian  BMW Motorrad Heritage itu selari dengan falsafah 'Make Life a Ride'.

Ketiga-tiga model BMW Heritage tersebut menggunakan enjin boxer bersesaran 1, 170cc dengan sistem penyejukan cecair/udara. Kuasa enjin 110hp dan tork 116Nm disalurkan ke roda menerusi kotak gear enam kelajuan.

Memenuhi piawaian emisi Euro4, jentera klasik tersebut dipasang dengan  beberapa ciri terkini seperti pemetaan enjin baharu, sistem minyak bersama tabung karbon untuk ventilasi tangki minyak serta sistem ekzos yang pengubah bermangkinnya diubah suai agar mempunyai keratan rentas lebih besar.


BMW R nineT

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666808.1493362235!/image/image.jpg

1) Dari segi penambahbaikan, BMW R nineT didatangkan dengan indikator kelajuan berkembar dan alat pengesan pecutan pada komputernya.

2) BMW Motorrad turut melanjutkan program reka bentuk Aksesori Tulen BMW Motorrad yang merangkumi alat ganti kustom “Machined” untuk BMW R nineT baharu.

3) Alat ganti pilihan 'Machined Parts' termasuk pelindung kepala silinder Machined, perumah lampu utama Machined, penutup enjin Machined dan bar hendal Machined.

 

BMW R nineT Pure

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666810.1493362319!/image/image.jpg

1) Tampil ringkas dengan padanan komponen-komponen penting sahaja.

2) Gabungan elemen gaya klasik dan moden yang boleh dilihat menerusi perincian mewah seperti perehat kaki daripada aluminium tempa bersama kemasan anod jernih.

3) Tangki minyak dan madgad BMW R nineT Pure didatangkan dalam kemasan berwarna kelabu sebagai ciri standard.

4) Perumah lampu utama besi berbentuk bulat dan lencana BMW yang diletakkan di tengah-tengah penutup mentol.

5) Panel kluster instrumen terdiri daripada satu speedometer bulat dengan paparan analog dan lampu indikator bersepadu. Roadster itu juga dilengkapi paparan LCD untuk memaparkan maklumat penting seperti masa dan jarak perjalanan.

 

BMW R nineT Racer

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666811.1493362402!/image/image.jpg

1) Inspirasi jentera old-school yang sporty boleh dilihat pada bahagian depan yang pendek dan fairing separuh pada hendal.  Kemudian disempurnakan dengan lampu utama klasik berbentuk bulat dan lencana BMW  di tengah-tengah penutup mentol.  

2) Cafe racer itu masih mengekalkan instrumen analog berbentuk bulat. Motosikal sport klasik itu juga dipasang dengan papan komputer sebagai satu ciri standard.

3) Bahagian tangki, fairing separuh, madgad depan dan bonggol tempat duduk (seat hump) BMW R nineT Racer disembur dengan cat berwarna putih.

 

HARGA:

BMW R nineT                  -    RM101,900
BMW R nineT Pure        -    RM 82,900
BMW R nineT Racer      -    RM 88,900
 

Motosikal baharu dalam rangkaian BMW Motorrad Heritage turut ditawarkan dengan program pembiayaan khas daripada BMW Credit Malaysia. Bayaran bulanan bermula RM1,490 untuk BMW R nineT,  BMW R nineT Pure (RM1,190) dan  BMW R nineT Racer (RM 1,290).