Indonesia sudahpun mengumumkan harga model Yamaha NVX 155 awal Januari lalu. Di Indonesia model tersebut dinamakan sebagai Aerox 155. Selain Indonesia, Vietnam turut menggunakan nama yang sama. Sementara, negara lain menggunakan nama NVX 155.

 

Sejak pertama kali dipertontonkan pada perlumbaan MotoGP tahun lalu, di Litar Antarabangsa Sepang, ramai menantikan kehadiran NVX 155 ke pasaran tempatan. Sehingga kini pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengambil pendekatan mengunci mulut. Jawapan yang diterima oleh penulis dari pihak HLYM hanyalah pelancaran semakin hampir.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646584.1490002049!/image/image.jpg

 

Penghujung Mac semakin hampir. Khabar mahupun tanda-tanda isyarat kehadiran model skuter itu masih samar. Tetapi, penulis sudah menerima brosur model berkenaan yang bertulis NVX Supersports Scooter. Jika brosur sudah dicetak, maka NVX 155 akan tiba tahun ini juga.

 

Pihak HLYM menggunakan taqline 'Your NVX Your Style' untuk pasaran tempatan. Untuk pasaran tempatan, NVX 155 didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED, rim 14 inci bersama tayar tubeless, ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet dan soket mengecas.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646587.1490002137!/image/image.jpg

 

Selain itu, skuter itu turut dilengkapi skrin LCD 5.8 inci, sistem Kunci Pintar dan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.Tidak ketinggalan, NVX 155 turut tersedia ciri ABS untuk keyakinan membrek.

 

Soal harga?. Pada pendapat admin harganya tidak jauh berbeza dengan model NMAX 155 yang dijual pada harga RM8, 812 seunit.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646588.1490002209!/image/image.jpg

 

Untuk makluman di Indonesia NVX 155 didatangkan dengan tiga varian iaitu standard, versi R dan varian tertinggi S. Masing-masing dijual pada harga Rp 21.85 juta (RM7, 210.50), versi R Rp23.75 juta (RM7, 837.50) dan versi S ialah Rp 26.15 juta (RM8, 629.50).

 

SPESIFIKASI NVX 155:

Enjin: SOHC 4-lejang, penyejukan cecair, silinder tunggal

Nisbah Mampatan: 10.5: 1

Sesaran: 155 cc

Kuasa maksimum: 11 kW (15 PS) @ 8000 rpm

Tork maksimum: 13.8 Nm @ 6250 rpm

Sistem penghidup: Elektrik

Sistem minyak: Pancitan bahan api

Jenis transmisi: V-belt automatik

P x L x T: 1,990mm X 700mm X 1, 125mm

Jarak roda: 1, 350mm

Berat: 118kg

Saiz tangki: 4.6L

Jenis rangka: Underbone

Suspensi depan: Fork after/ spring/ peredam hidraulik

Suspensi belakang: Spring penyerap hentak/peredam hidraulik

Tayar depan: 110/80-14M/C 53P

Tayar belakang: 140/70-14M/C 62P

Brek depan: Cakera, 230mm

Brek belakang: Brek dram 130mm