Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan wajah baharu  Honda CBR650F dan CB650F. Langkah ini dilihat menepati selera sebahagian besar penggemar motosikal tempatan yang menggemari paras rupa menawan dan lebih segar.

GRAFIK BAHARU:

Dua pilihan warna dan grafik baharu ditawarkan iaitu hitam mati dengan kerangka merah, serta hitam mati dengan kerangka putih.

PERALATAN KEKAL SAMA:

Selain itu, aspek kelengkapan dan teknikal dikekalkan menerusi speedometer digital, teknologi digital graf bar, trip meter berkembar, tolok minyak digital, jam digital, sistem keselamatan HISS dan lampu belakang LED.

ENJIN:

Soal mekanikal masih sama yang mana kedua-dua jentera dibekalkan dengan enjin 649 cc DOH dengan teknologi PGM-FI. Ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 81.8 hp pada 9,500 rpm dan tork 63 Nm pada 8,000 rpm.

 

Penghantaran kuasa ke roda belakang disalurkan oleh transmisi enam kelajuan. Untuk keselesaan tunggangan suspensi depan menggunakan  suspensi teleskopik di depan dan Pro-Link di belakang.

 

Untuk menghentikan jentera, sistem brek cakera berkembar hidraulik ditawarkan pada roda depan sementara roda belakang menggunakan cakera tunggal hidraulik.

HARGA:

Honda CB650F:  RM44,730 seunit

Honda  CBR650F:  RM46,850 seunit

 

WARANTI:

Dua tahun atau 20,000 kilometer.