Volkswagen (VW) merupakan sebuah syarikat pengeluar kenderaan yang tidak suka aneh-aneh. Lebih minimalis dan bersahaja. Pengeluar kenderaan dari Jerman itu bersederhana dalam rekaan.
Secara global, seluruh produknya memiliki gaya desain serupa. Hanya diberi tambahan sentuhan sesuai segmennya. Tetapi bijaknya VW ialah rekaan yang diketengahkan kekal relevan dan tidak ditelan zaman.

Selepas Passat, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM)  memperkenalkan Tiguan. Kereta yang namanya diambil dari perkataan 'Tiger dan Iguana' itu turut menggunakan platform MQB milik VW. Ini menyumbang kepada saiz Tiguan yang lebih panjang, lebar dan rendah berbanding generasi terdahulu. Kesannya, Tiguan terlihat tegap.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666912.1493370786!/image/image.jpg

Untuk pasaran tempatan, VPCM akan membawa masuk dua varian iaitu Comfortline dan Highline. Malaysia hanya akan menerima enjin 1.4 liter TSI. Buat masa ini, VPCM tiada perancangan untuk membawa masuk enjin 2.0 liter diesel.

VPM membawa sekumpulan media mencuba model Tiguan ke Ipoh, Perak. Pada sesi pandu uji itu, media berpeluang mencuba kedua-dua varian. Sebelum konvoi bergerak dari APW Bangsar, penulis sempat meluangkan masa meneliti perincian kabin Tiguan.  Perasaanya sama seperti anda berada dalam kabin VW yang lain.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666915.1493370861!/image/image.jpg



Rekaan papan pemuka Tiguan pasti akan mengingatkan pada produk VW yang lain. Terasa sedikit mendatar, tapi masih terlihat mewah dan fungsional. Warna hitam tidak pernah membosankan. Ia menyerlahkan identiti elegan dan mewah dalam kabin.

Tidak terlalu istimewa tetapi masih mengekalkan kemasan berkualiti tinggi dan bentangan papan pemuka dan butang kawalan pada posisi yang mudah dicapai. Ini salah satu kebijaksanaan VW. Moden, ringkas dan mesra pengguna.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666919.1493370960!/image/image.jpg



Bahagian kabin juga luas.  Walaupun bumbung  lebih rendah dan posisi kerusi tinggi (untuk memudahkan urusan keluar dan masuk), ruang kepala masih lagi baik walaupun kedudukan memandu yang agak ‘bertenggek’. Tetapi masih lagi selesa. Skor tinggi diberikan pada kejuruteraan platform.

Enjin 1.4 liter TSI mampu menghasilkan kuasa 150PS dan tork 250Nm pada 1,500 hingga 3,500rpm. Ia digabungkan dengan transmisi 6-kelajuan DSG (klac basah). Di awal pergerakan penulis dapati gejala turbo lag. Terasa hentakan pertama kurang responsif. Namun setelah beberapa saat,  Tiguan terasa liar.  Kotak gear DSG sangat ringan dan lancar. Gejala 'sentak' hanya berlaku pada kelajuan rendah.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666920.1493371018!/image/image.jpg


 
Enjin 1.4 liter TSI membuatkan tenaga Tiguan selalu terisi. Kelajuan 160 kilometer sejam (km/j) di lebuh raya mudah dicapai. Bahkan pada kelajuan berkenaan, Tiguan cukup stabil. Tarikan awal yang cukup baik membuatkan SUV Jerman itu mampu beradu bersama pesaingnya yang memiliki kapasiti enjin 2.0 liter ke atas.

Pengendalian Tiguan lebih kepada hatchback konvensional. Pemanduannya memang menyeronokkan.  Malah mengendalikan Tiguan cukup selesa kerana sterengnya ringan. Walaupun ringan tetapi tepat. Ketika melalui  laluan berselekoh padat dari Tapah menuju ke Kuala Dipang, Kampar cukup meyakinkan. Tidak terlalu banyak olengan badan pada selekoh dan tayar memberikan cengkaman yang banyak.  Bahkan casis bertindak balas agak tepat dan secara beransur-ansur.
 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666922.1493371082!/image/image.jpg


Cuma, gejala understeer sering kali terjadi apabila membelok pada kelajuan tinggi. Hal ini dipengaruhi sistem penggeraknya yang  menggunakan pacuan roda depan. Tetapi ia masih mampu dikawal.
Sebagai sebuah SUV kompak yang standard, pengendalian Tiguan adalah selesa. Ia lancar saat melalui bonggol besar dan permukaan berlubang atau beralun.

Suspensi bertugas dengan baik untuk menghentikan badan yang melantun atas dan bawah  sepanjang jalan tidak rata. Penggantungan berkenaan juga menjaga goncangan di dalam kabin agar penumpang di dalam tidak terlalu terasa olengan badan.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666923.1493371137!/image/image.jpg


Tetapi jika dibandingkan dengan pesaing utamanya, Tiguan masih lagi selesa. Sekiranya anda inginkan pengendalian yang kurang menggoncang, pilihlah kenderaan dengan pusat graviti tengah lebih rendah seperti Golf.

Di lebuh raya pada kelajuan tinggi anda akan mendengar bunyi angin menerusi cermin pintu tetapi bunyi bising jalan dikedap dengan baik. Soal penjimatan tidak perlu diragui. VW merupakan salah sebuah produksi yang tidak pernah mengecewakan menerusi tawaran kecekapan bahan api bagi setiap modelnya.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666926.1493371191!/image/image.jpg

Model Tiguan memenuhi kehendak tipikal sebuah keluarga kecil  untuk kegunaan harian mereka. Ruang kabin cukup lapang dan selesa untuk diduduki empat orang dewasa dengan penghalusan dan pengendalian lebih baik dari pesaingnya.  Sama ada anda mahupun kuasa, keupayaan off road, ciri keselamatan dan sofistikated multimedia, Tiguan mungkin mampu memenuhi kehendak itu.


Harga VW Tiguan ialah RM148, 990 bagi varian Comfortline dan RM168, 990 (Highline).