Civic boleh dikatakan sebagai model legenda milik Honda. Salah satu generasi yang begitu panas dalam kalangan penggemar Civic ialah model ES. Ruangan Mod kali ini memilih jentera milik Aboy Dino keluaran 2001. Pemilik merombak habis bahagian enjin, lalu menggantikan dengan enjin K20A Type R milik model Honda Integra DC5.

 

Bagi mendapatkan kuasa yang mengagumkan, Aboy memilih unit ekstraktor dari Skunk2 Alpha, ‘air ram’ kustom keluli tahan karat bersama penapis udara K&N.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640808.1489118361!/image/image.jpg

 

Sistem pancitan bahan api dari model FD2R dan palam pencucuh NGK Iridium dipilih untuk penjanaan kuasa lebih baik. Keseluruhan enjin turut menggunakan hos sambungan Samco Sport.

 

Sementara, paip keluli tahan karat dengan peredam ekzos J'S Racing berperanan mengasingkan gas karbon yang terhasil.

 

Tentunya kuasa yang terhasil perlu dipadankan dengan sistem suspensi dan brek di tahap terbaik. Justeru, Civic ES tersebut dilengkapi dengan sistem suspensi boleh laras GAB SS HLSH. Manakala, sistem brek menggunakan jenama Brembo.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640811.1489118478!/image/image.JPG

 

Soal keselamatan juga tidak diketepikan yang mana Aboy memilih bar anti-roll, bar fender, ‘strut bar’, dan ‘rear sway’ bar Ultra Racing serta kit kebuk Hardrace.

 

Beralih ke bahagian luaran, Civic tersebut menerima kemasan aksesori dari model ES3 RS. Ia dapat dilihat pada bahagian lampu depan, bampar depan dan belakang, gril depan, skirting sisi, cermin, moulding pintu dan spoiler. Warna merah mewarnai keseluruhan badan jentera menjadikan model ES tampil garang.

 

Melengkapkan penampilan itu, Civic ES dipasang dengan rim asal DC5 Type R berukuran 17 inci bersama tayar Michellin Pilot Sport 3.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640813.1489118576!/image/image.JPG

 

Masuk ke kabin, papan pemuka menggunakan material dari Honda Integra DC5 Type R. Perubahan lain yang dilakukan ialah tempat duduk ES3 RS, karpet DC5, pedal dan tombol gear aluminium dan cermin tengah Spoon Sport.

 

Spesifikasi

Kereta : Honda Civic ES

Tahun: 2001

Enjin Asal: D17A Auto

Modifikasi Enjin : Enjin K20A Type R DC5, Ekstraktor Skunk2 Alpha, penapis udara K&N, paip keluli tahan karat, peredam ekzos J’S Racing, hos Samco Sport, peredam hud Tein, pancitan bahan api FD2R, palam pencucuh NGK Iridium

Elektronik : Pivot Meter

Suspensi & Casis : GAB SS boleh laras HLSH, belakang ARB DC5, bar (fender, strut, anti-roll, sway) Ultra Racing, Hardrace chamber kit

Brek : Brembo

Roda & Tayar : Rim DC5 Type R, tayar Michellin Pilot Sport 3, nut Rays

Dalaman : Papan pemuka DC5 Type R, stereng DC5 Type R, tombol gear & pedal aluminium, tali pinggang keledar ES3 RS, karpet DC5, cermin pandang belakang Spoon Sport, kerusi ES3 RS (depan), kerusi kemasan kulit (belakang)

Luaran : Lampu depan ES3 RS, lampu kabus ES9, bampar depan prefacelift ES3, bampar belakang ES3, skirting sisi RS, side marker, rangka nombor plat Skunk2, lencana Type R, gril depan RS, cermin RS, moulding pintu RS, spoiler RS

Bengkel & Talaan : S.I Autowork

 

GALERI