Sejak mengambil alih jenama Benelli, MForce Bike Holdings Sdn Bhd (MForce Bike Holdings) semakin agresif memasarkan produk-produk jenama Itali itu. Selepas pelancaran moped pertamanya RFS150i, superbike 302R dan jentera touring TRK502, kini Leoncino 500 bakal menyertai barisan model Benelli sedia ada di pasaran.



Model konsep Leoncino diperkenalkan pada EICMA 2015. Setahun kemudian, model konsep itu mula memasuki barisan pengeluaran. Tentunya model yang akan tiba ke pasaran tempatan ialah versi 2017.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666778.1493359424!/image/image.jpg



Walaupun tidak dinyatakan waktu tepat ketibaan model scrambler itu, pihak MForce Bike Holdings memberitahu model berkenaan akan tiba sebulan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.



Leoncino dijana enjin 500cc parallel twin DOHC yang menghasilkan kuasa 48hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 45Nm pada 4,500rpm.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666781.1493359572!/image/image.jpg



Keselesaan tunggangan dipadankan dengan penggunaan rim aloi 17 inci bersama tayar bersaiz 120/70 di depan dan 160/60 di belakangnya.



Bahagian kaki dipasang dengan suspensi fork terbalik berdiameter 45mm pada bahagian depan dan swingarm bersama penyerap hentak di belakangnya untuk keselesaan tunggangan pada apa juga permukaan jalan.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666782.1493359659!/image/image.jpg



Keyakinan membrek diserahkan kepada dua brek cakera 320mm di depan bersama kaliper empat piston. Manakala di belakangnya cakera 260mm dengan kaliper piston tunggal.



Reka bentuk oleh ‘CentroStile Benelli’ merupakan padanan sempurna ditambah dengan garis harmoni lambang jenama Benelli yang cukup terkenal. Pada bahagian fender depan anda akan melihat ikon Singa Pesaro.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666783.1493359744!/image/image.jpg


Sistem ABS, peralatan digital dan projektor dengan teknologi LED menyerlahkan karakter Leoncino 500.



Soal harga masih tidak diumumkan. Bagaimanapun pihak Mforce Bike Holdings memberitahu  mereka akan menawarkan Leoncino pada harga kompetitif. Pastinya lebih rendah berbanding pesaingnya yang lain dalam segmen yang sama.