Sempena memperkenalkan Program Full Circle oleh Mini Financing, Mini Malaysia mengambil peluang berkenaan meningkatkan spesifikasi varian-varian Mini 3-pintu dan 5-pintu.

 

KEMAS KINI MINI 3-PINTU:

1) Varian Cooper didatangkan dengan gril dan hendal pintu belakang berwarna hitam berkilat.

2) Semua model Mini dilengkapi dengan lampu utama dan lampu kabus. Ia diserlahkan lagi menerusi lampu nyalaan siang berbentuk omega.

3) Di ruang kabin,  Cooper 3-pintu menerima pendingin hawa automatik dua zon yang mengawal suhu kabin, pengedaran udara dan jumlah angin secara automatik tanpa bergantung kepada kelajuan kenderaan.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.651721.1490865328!/image/image.jpg

4) Ciri baru lain ialah Mini Visual Boost bersaiz 6.5 inci bersama sambungan Mini Connected Ready App.

5) Mini Cooper S 3-pintu menerima ciri peralatan Comfort Access. Pemilik hanya perlu mendekati kereta dalam jarak 1.5 meter dan sistem akan mengesan kehadiran kunci Mini dan pintu boleh dibuka dengan hanya menekan butang pada hendal pintu. Sebaik sahaja pemandu masuk ke dalam kabin, sistem itu akan mengaktifkan butang Start/Stop supaya enjin boleh dihidupkan.

6) Varian Mini John Cooper Works 3-pintu pula menerima naik taraf dari segi Comfort Access, cermin pandang belakang anti silau dan kamera undur.

 

KEMAS KINI MINI 5-PINTU:

1) Menerima kemasan gril dan hendal pintu belakang  berwarna hitam berkilat, selain lampu utama dan lampu kabus LED.

2) Untuk keselesaan model 5-pintu turut dilengkapi pendingin hawa automatik dua zon untuk keselesaan.  

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.651723.1490865401!/image/image.jpg

3) Cooper S 5-pintu turut dilengkapi dengan Sistem Comfort Access  demi memenuhi keperluan pemanduan di kawasan urban.

 

HARGA:

MINI Cooper 3-pintu                                -       RM 188,888

MINI Cooper S 3-pintu                            -       RM 229,888

MINI John Cooper Works 3-pintu         -       RM 293,888

MINI Cooper 5-pintu                                -       RM 193,888

MINI Cooper S 5-pintu                            -       RM 239,888