Selepas melancarkan Kawasaki Z900 awal tahun ini, akhirnya Kawasaki Motors Malaysia mengumumkan harga rasmi model tersebut ke pasaran tempatan.



Bakal berada di pusat pameran bermula 8 April, model Z900 ABS (standard) dijual pada harga RM49, 158 seunit dan  Z900 ABS (Edisi Khas) berharga RM50, 959 seunit.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.650597.1490691682!/image/image.jpg



Model Z900 Edisi Khas berwarna biru itu dilengkapi dengan aksesori standard iaitu pelana tunggal, pelindung meter lebih tinggi, outlet DC, pelindung radiator, slider, penutup ring enjin, slider gandar depan dan pad tangki dan pad lutut.

 

Berikut 4 Perkara Perlu Anda Ketahui Tentang Z900:

REKAAN SUGOMI
Z900 menerima garapan gaya rekaan Sugomi yang agresif inspirasi dari model Z1000. Sugomi itu sendiri mewakili elemen teras prestasi dan gaya model supernaked keluarga Z. Penggayaan tajam mewakili imej terkini Z900 bersama siluet tersendiri. Kedudukan bahagian depan rendah dan ekor yang melentik memberi bayangan berbeza Z900. Melengkapkan penggayaan supernaked itu ialah lampu belakang LED berbentuk Z. Dari pandangan belakang, Z900 kelihatan sporty.



INSTRUMEN MULTI FUNGSI
Z900 dilengkapi dengan model LCD Multi fungsi yang lebar bersama perincian gentian karbon. Takometer analog diletakkan sebagai bingkai skrin multi fungsi. Di tengahnya tersedia indikator gear dan speedometer digital.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.650600.1490691771!/image/image.png



PELANA LEBIH RENDAH
Tinggi pelana 795 milimeter (mm) dan badan jentera yang slim memudahkan akses kepada penunggang yang rendah. Bahkan mudah dikendalikan saat pecutan tinggi dan kelajuan rendah. Ini memberi keyakinan kepada Saiz penunggang yang pelbagai.



ERGONOMIK
Hendal bar yang rata dan lebar memberikan posisi tunggangan sporty. Posisi tegak menawarkan kawalan dan keselesaan dalam pelbagai situasi tunggangan. Bagi penunggang rendah atau tunggangan jauh, anda akan menghargai keselesaan yang ditawarkan Z900.

 

GALERI