Volkswagen (VW) siap siaga membuka selimut model sedan terkininya yang dinamakan sebagai Arteon. Sebelum didedahkan secara rasmi pada Geneva Motor Show 2017, pihak VW mengeluarkan dua keping gambar teaser model tersebut.

 

Model yang diposisikan di atas Passat itu semakin garang menerusi rekaan futuristik dan kluster lampu depan lebih tajam yang digabungkan dengan bar krom pada gril. Lampu depan dan lampu belakang didatangkan dengan ciri LED. Bahkan pihak VW mendakwa model itu dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu generasi terkini.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.635568.1488259518!/image/image.jpg

 

Pengeluar kenderaan Jerman itu juga berkata Arteon direka berbeza dengan model sedia ada. Ia menawarkan kabin yang lebih lapang walaupun kereta itu memiliki penggayaan fastback. Pengganti CC itu akan berkongsi peralatan kabin dengan Passat dan dilengkapi dengan paparan info aktif VW sebagai pilihan.

 

Bagaimanapun, VW masih belum mendedahkan spesifikasi Arteon. Tetapi model prototaip menggunakan enjin 2.0 liter TSI yang menghasilkan kuasa 190bhp. Arteon juga bakal menerima transmisi dual klac 7-kelajuan automatik.

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.635570.1488259721!/image/image.jpg

 

Selain itu, dijangkakan Arteon akan menerima tingkap tanpa bingkai seperti sebelumnya, tayar lebih besar dan bukaan pintu but yang luas.

 

Seperti mana generasi terkini VW yang lain, Arteon menggunakan platform MQB. Untuk mengetahui lebih terperinci tentang model ini, tunggu sahaja kehadirannya pada Geneva Motor Show 2017 yang bakal berlangsung pada 9 sehingga 19 Mac depan.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.635571.1488259805!/image/image.jpg

 

Mungkin ramai tertanya dari manakah asalnya nama Arteon itu. Menurut VW, nama berkenaan adalah hasil gabungan 'art' yang mewakili kepada garisan badan kereta dan 'eon' pula merujuk kepada model premium. VW Phideon yang dijual di China juga turut menggunakan filosofi nama yang sama.