Honda City versi facelift dilancarkan 2 Mac lalu.  Kehadirannya mendapat sambutan memberangsangkan. Ini dibuktikan apabila dalam tempoh 10 hari selepas pelancaran, Honda Malaysia sudah mencapai sasaran jualan bulanan sebanyak 2,000 unit.

 

Model sedan segmen-B itu kini didatangkan dengan pilihan tiga varian. Bermula dengan varian S diikuti E dan V. Varian S sebelumnya dikeluarkan daripada senarai varian. Justeru itu, varian S City Facelift adalah versi naik taraf varian S+ sebelum ini.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.643573.1489559926!/image/image.jpg

 

Lebih menarik, harga masih kekal bagi varian E dan V manakala varian S menerima penurunan harga sehingga RM1000.

 

Harga atas jalan bagi varian S ialah RM78,300, diikuti E (RM84,600) dan varian tertinggi V ialah RM92,000 seunit.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.643589.1489560644!/image/image.jpg

 

Perubahan apakah yang dilakukan oleh pihak Honda Malaysia sehingga model itu begitu laku keras. Di sini Turbo senaraikan perubahan yang diterima Honda City facelift mengikut varian:

Varian S
-Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED
-Antena sirip
-Rim aloi dua tona warna bersaiz 15-inci (reka bentuk baharu)
-Cermin sisi boleh lipat automatik
-Sistem kemasukan pintar dan butang penghidup enjin
-Butang Econ
-Meter kombinasi multi informasi canggih
-Telefon bebas tangan (HFT)
-Suis audio pada stereng
-Standard audio
-Tempat duduk belakang boleh lipat 60:40
-Bantuan kestabilan kenderaan (VSA)
-Bantuan mula mendaki (HSA)
-Isyarat berhenti kecemasan (ESS)

Varian E
-Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED -Rim aloi dua tona warna bersaiz 15-inci (reka bentuk baharu)
-Cermin sisi boleh lipat automatik
-Pedal Shifter
-Kawalan kruise
-Panel sentuhan-pendingin hawa automatik
-Kamera undur pelbagai sudut
-Paparan audio 6.8 inci
-Kawalan audio automatik berdasarkan kelajuan
-Port HDMI
-4 beg udara (pemandu, penumpang, sisi)

Varian V
-Lampu depan LED dengan lampu Nyalaan Siang (DRL) LED
-Lampu kabus depan LED
-Lampu belakang LED
-Spoiler ekor itik dengan lampu brek LED
-Rim aloi dua tona warna bersaiz 16-inci (reka bentuk baharu)
-Cermin sisi boleh lipat automatik
-Pedal Shifter
-Kerusi kemasan kulit
-Stereng dan tuil gear kemasan kulit
-Kamera undur pelbagai sudut
-Paparan audio 6.8 inci
-Butang kawalan pada stereng dengan kemasan krom
-Perhiasan tweeter
-6 beg udara