Kawasaki Motors Malaysia (KMM) mengumumkan harga rasmi bagi model Kawasaki Z650 ABS dan Ninja 650 ABS. Kedua-dua model sudahpun berada di pusat jualan untuk anda melihat dengan lebih dekat.

 

Kedua-dua model dikuasakan enjin 649cc berkembar selari dengan sistem penyejukan cecair. Ia mengutamakan kuasa pada julat rpm rendah dan sederhana. Talaan enjin Z650 pula menawarkan tindak balas pendikit yang lebih responsif.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.652267.1490948743!/image/image.png

 

Harga bagi model Z650 ialah RM35,609 (termasuk GST). Model tersebut didatangkan dengan warna hijau dan titanium.

 

Sementara harga bagi model Ninja 650 ABS (standard) ialah RM37, 189 dengan pilihan warna oren. Manakala Ninja 650 ABS (Edisi Khas) dijual pada harga RM38, 189 seunit. Edisi Khas berkenaan ditawarkan dengan warna hijau yang mana dilengkapi pelindung pelana tunggal, penghalang angin gelap, pelindung radiator dan lining pada rim.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.652269.1490948836!/image/image.png

 

Model naked dan supersport itu lebih ringan hasil penggunaan rangka keluli tegangan tinggi. Rangka seberat 15kg itu menyumbang kepada pengendalian lincah.

 

Casis yang merangkumi komponen lebih ringan menjadikan berat Z650 ialah 187kg manakala Ninja 650 ialah 193kg. Direka menggunakan teknologi analisis dalaman Kawasaki, rangka trellis dan swingarm adalah kunci utama kepada pengendalian ultra ringan. Kedua-dua model turut dilengkapi klac assist dan slipper.

 

GALERI