Honda Wave 125i sudahpun berada di pasaran. Dibawakan oleh Boon Siew Honda, model kapcai tersebut tampil dengan rekaan badan lebih premium, jimat bahan api dan memberi keselesaan kepada penunggang untuk kegunaan seharian.

 

Berikut 5 Perkara Perlu Anda Ketahui Tentang Wave 125i:

1) Menggunakan tagline “A Class of Your Own”, kapcai tersebut tampil unik.

2) Didatangkan dengan lencana 3D yang menyerlahkan identiti unik motosikal.

3) Dilengkapi ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 18 liter. Ia mampu memuatkan helmet muka penuh.

4) Saiz tangki lebih besar iaitu 5.4 liter. Di atas kertas motosikal berkenaan dikatakan mampu pergi sejauh 300km dengan tangki penuh.

5) Dua varian ditawarkan iaitu brek cakera tunggal dan brek dwi cakera.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.668911.1493788771!/image/image.png

 

Dari segi mekanikal, Wave 125i dipadankan dengan enjin 124.9cc empat lejang penyejukan udara. Menerusi gabungan sistem pancitan bahan api terancang (PGM-Fi), kapcai berkenaan mampu menghasilkan kuasa 6.76kW pada 7, 500rpm dan tork 10.08Nm pada 5, 500rpm. Penghantaran kuasa ke roda belakang ditugaskan kepada transmisi 4-kelajuan.

 

Harga jualan Wave 125i bagi varian brek cakera tunggal ialah RM 6,263.54 seunit. Manakala h brek dwi cakera pula berharga RM 6,549.74.

 

Untuk ketenangan minda pemilik, Boon Siew Honda menawarkan waranti kilang dua tahun atau 20,000 kilometer (km) bersama waranti lanjutan setahun atau 10, 000km bagi enjin (yang mana tiba terdahulu).

 

GALERI