Generasi pertama Honda Monkey, Z50M dipasarkan pada 1967. Tahun ini usianya menjangkau 50 tahun.

 

Pada usia setengah abad itu akhirnya riwayat Honda Monkey ditamatkan. Pihak Honda memutuskan untuk menghentikan pengeluaran Monkey pada Ogos depan. Khabar ini pasti mengejutkan dan menyedihkan pengikut motor klasik Honda.

 

Hal ini terkait dengan kesukaran pihak Honda memenuhi standard emisi Euro dan  teknologi.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.652038.1490931690!/image/image.jpg

 

Justeru itu, Honda mengeluarkan Edisi Terhad Monkey 50th Anniversary. Kehadiran Edisi Terhad Monkey 50th Anniversary meraikan usia Monkey yang sudah setengah abad. Bagi pihak Honda ia bukanlah model perpisahan.

 

Presiden Honda Motorcycle Jepun, Chiaki Kato berkata bermula tahun ini, Honda akan mengeluarkan motor yang sesuai dengan peraturan regulasi.

 

“Memiliki motor dengan ekzos kecil agak sukar untuk melepasi tiga fasa regulasi di Eropah,” katanya.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.652048.1490931965!/image/image.jpg

 

Pihak Honda hanya mengeluarkan Edisi Terhad Monkey 50th Anniversary sebanyak 1,800 unit sahaja. Rekaan masih kekal sama. Edisi terhad itu menerima lencana 3D unik bersama pilihan warna Pearl Sunbeam White (putih mutiara) baru. Sementara bahagian fender depan dan belakang dicat putih.

 

Manakala bahagian rangka, fork depan, swingarm, perumah lampu depan dan jalur di atas penutup minyak menerima kemasan warna merah.

 

Bahagian pelana dipadankan dengan sarung corak unik ala sofa yang dipadankan dengan warna merah dan putih. Mengingatkan kepada penggayaan retro.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.652049.1490932064!/image/image.jpg

 

 

Lencana 50th Anniversary diletakkan pada penutup sisi, di belakang pelana dan juga pada bahagian kunci utama. Harga jualan model tersebut ialah 352,080 yen (RM13, 974) seunit.

 

Honda Monkey dikuasakan oleh enjin 49 cc penyejukkan udara yang menghasilkan kuasa 3.35bhp pada 8,500rpm dan 3.4Nm pada 5,000rpm. Penghantaran kuasa ke roda ditugaskan kepada transmisi 4-kelajuan.

 

Dimensi seberat 68kg itu memiliki dimensi kelegaan tanah 145mm, panjang (1,365mm), lebar (600mm) dan tinggi (850mm). Tinggi pelana pula 660mm.