UMW Toyota Motor Sdn Bhd mengumumkan pengenalan model edisi terhad Toyota Hilux 2.4G (automatik). Model berkenaan dikemaskan dengan aksesori tulen Toyota. Justeru itu hanya perubahan kosmetik sahaja dilakukan tanpa menyentuh bahagian mekanikal. 

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640173.1489035999!/image/image.png

 

Pakej aksesori model tersebut bermula dengan kemasan gril hitam di bahagian depan. Agar tampil lebih garang, UMW Toyota memilih pelekat jalur perlumbaan yang diletakkan pada bahagian hud depan, sisi dan belakang Hilux 2.4G. Bahagian bumbung kini berwarna hitam agar tampil kontra.

 

Perubahan yang dilakukan pada bahagian luar termasuk trim penutup lampu hadapan dan belakang berwarna kelabu gelap serta penutup lampu kabus, dan juga bahagian tengah bampar hadapan dan belakang. Perumah lampu sisi Hilux 2.5G tidak lagi didatangkan dengan warna krom sebagai standard kini didatangkan dengan penutup untuk dipadankan dengan luarannya yang lebih garang. Rekaan gentian karbon digunakan pada tiang tengah bumbung bagi menciptakan pandangan visual cermin yang lebih besar. 

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.640176.1489036239!/image/image.png

 

Serentak dengan pengenalan edisi terhad itu, UMW Toyota memperkenalkan juga model Hilux 2.4G Standard 2017 (varian manual dan automatik) pada harga lebih rendah RM108,500 seunit (termasuk insurans).