Selepas setahun berada di pasaran, Boon Siew Honda menambah baik model Honda Wave Dash Fi ke pasaran tempatan dengan penampilan lebih santai dan bergaya.

 

Model Edisi Terhad itu menerima perubahan dari segi warna badan dan grafik.  Antara perubahan yang dilakukan pada kapcai tersebut ialah warna hitam matte, grafik baru dan pelekat berwarna merah pada rim sport. Selain itu, ciri baru lain termasuk tayar tanpa tiub. Motosikal itu juga dilengkapi dengan brek dwi-cakera.

Menerima pengiktirafan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV), Wave Dash Fi dijana enjin 109cc empat lejang dengan Sistem Suntikan Bahan Api terancang (PGM-Fi). Dengan ciri-ciri teknologi itu, di atas kertas Wave Dash Fi mampu menjimatkan bahan api 1.8 liter setiap 100 kilometer (km).

Dari segi harga, Edisi Terhad berkenaan sedikit mahal berbanding versi standard sebelumnya.

 

HARGA (termasuk GST):

1)  Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad Varian S:  RM 5,775.94 ( Brek Cakera Tunggal)

2)  Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad Varian R: RM 6,040.94 (Brek Dwi Cakera).

WARANTI:

Dua tahun atau 20,000km (yang mana tiba lebih dulu).