Thailand merupakan negara Asean pertama yang membawa masuk model Honda Civic Hatchback dan model tersebut menjadi salah satu produk yang menarik perhatian pengunjung Bangkok Auto Show 2017.

 

Di Thailand, model Civic Hatchback dijual pada 1,169 juta baht (RM150,000). Model berkenaan masih memiliki dimensi jarak roda (2, 700mm) dan lebar (1, 798mm) yang sama dengan model sedan. Manakala panjangnya ialah 4, 518mm iaitu 112mm lebih pendek dan tinggi 1, 435mm (+20mm).

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.651270.1490780791!/image/image.jpg

 

Model berkenaan memiliki desain unik di depan dan belakang. Bahagian depan dipadankan dengan gril Solid Wing kemasan hitam krom dan lampu utama LED bersama lampu nyalaan siang (DRL). Di bahagian belakang, Civic hatchback tampil menawan dengan spoiler berkembar yang digabungkan dengan lampu brek ketiga LED.

 

Melengkapkan penampilan itu, bahagian kaki dipadankan dengan rim aloi 17-inci bersama tayar bersaiz  215/50.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.651271.1490780852!/image/image.jpg

 

Bahagian kabin tiada yang berbeza. Versi hatchback masih mengaplikasi bentangan papan pemuka yang sama dengan versi sedan.

 

Di pasaran Thailand, model tersebut dipadankan dengan kemasan kulit upholstery, skrin sentuh infotainmen bersaiz 7-inci bersama Apple CarPlay dan Android Auto, panel instrumen LCD, kawalan pendingin hawa dua zon dan pedal shifter.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.651273.1490780907!/image/image.jpg

 

Tidak ketinggalan kerusi berkuasa elektrik, enjin start/stop, kawalan kruise, kerusi belakang yang boleh dilipat 60:40 dan kamera undur.

 

Model tersebut dijana oleh enjin 1.5 liter DOHC VTEC turbo yang mampu menghasilkan kuasa 173hp pada 5, 500rpm dan tork 220Nm yang dicapai seawal 1,700 sehingga 5,500rpm. Kuasa ke roda dihantar menerusi transmisi CVT yang menggunakan teknologi Earth Dreams.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.651274.1490780963!/image/image.jpg

 

Buat masa ini, pihak Honda Malaysia tiada perancangan untuk membawa masuk versi hatchback ke pasaran tempatan. Namun, siapa tahu jika mendapat maklum balas memberangsangkan dari pelanggan, model tersebut berada dalam senarai produk 2017. Atau mungkin versi type R

 

GALERI