Tunggu sebentar, adakah benar apa yang penulis lihat. Porsche Cayman muncul kembali. Kali ini dipasang dengan roll cage, tali pinggang perlumbaan 6-point, kerusi perlumbaan dan bahkan tersedia alat pemadam api. Nampaknya, Cayman serius menyertai sukan perlumbaan.

 

Sekali imbas, penampilannya tidak jauh berbeza dengan Porsche Cayman GT4 standard. Pengenalan model Porsche Cayman GT4 Clubsport oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) itu bagi memenuhi keperluan peminat sukan permotoran.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.633367.1487834036!/image/image.jpg

 

Justeru itu, janganlah ditanya tentang harga. Tentunya jentera ini dibangunkan buat golongan jutawan yang sesekali ingin mengasah kemahiran pemanduan di litar perlumbaan.

 

Jentera tersebut dijana enjin 3.8 liter enam sebaris. Hamburan kuasa 385PS disalurkan menerusi transmisi 6-kelajuan Doppelkupplung (PDK) ke roda belakang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.633357.1487833467!/image/image.jpg

 

Ciri perlumbaan boleh dilihat menerusi perlengkapan transmisi klac berkembar Porsche dan sterengnya dilengkapi pedal shifter. Tidak ketinggalan ciri ‘locking differential’ pada gandar belakang.

 

Pengendalian lebih mantap dibantu suspensi topang spring di depan yang diambil daripada abangnya 911 GT3 Cup. Bagi menghentikan jentera seberat 1,300 kilogram itu, pihak Porsche menyerahkan kepada brek cakera bersaiz 380 milimeter pada keempat-empat roda.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.633358.1487833535!/image/image.jpg

 

Cayman GT4 Clubsport dijangka membuat penampilan dalam beberapa acara perlumbaan di Asia Tenggara pada tahun ini menerusi kempen yang dijalankan oleh Porsche Asia Pasific.