Selepas kejayaan model A-Class generasi baru, kini model A-Class Urban Hunting ACTIVITY EDITION eksklusif menjegah pasaran tempatan.  Model khas itu mewakili pergerakan Urban Hunting yang meraikan budaya seni dan muzik di Malaysia.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.647660.1490164268!/image/image.jpg

 

Hanya tersedia sebanyak 30 unit,  model itu diserlahkan dengan perincian sporty seperti lencana ACTIVITY EDITION, pelekat berwarna hitam pada bahagian sisi, dan rim aloi sepuluh jejari bersaiz 18 inci yang dicat hitam bersama kemasan berkilat.

 

Sementara, kemasan kabin berkualiti tinggi memenuhi kehendak mereka yang menginginkan penampilan moden mewah. Ia diserlahkan dengan kemasan kulit buatan tangan Artico yang menutupi papan pemuka, panel tengah pintu dan kerusi sport. Lencana Urban Hunting ACTIVITY EDITION turut dilekatkan pada konsol tengah.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.647662.1490164350!/image/image.jpg

 

Pelanggan boleh memilih  lima warna badan yang ditawarkan iaitu putih, merah, perak, hijau dan biru. Mercedes-Benz A 200 Urban Hunting ACTIVITY EDITION ditawarkan pada harga RM205,888 seunit (termasuk GST, tidak termasuk insurans).

 

GALERI