Mini semakin berkembang dalam segmen premium di Malaysia. Tahun lalu sahaja, model berkenaan menyumbang lebih daripada 900 unit kenderaan bagi prestasi jualan Mini Malaysia. Bahkan, suku pertama 2017 Mini sudah pun menjadi jenama ketiga terbesar dalam segmen premium di Malaysia.



Meneruskan momentum itu, Mini Countryman kini sudah berada di pasaran tempatan menerusi pilihan dua varian iaitu Mini Cooper Countryman dan Mini Cooper S Countryman.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666850.1493364988!/image/image.jpg



Ini perkara yang perlu anda ketahui tentang generasi kedua kenderaan aktiviti sukan (SAV) premium itu:



1) Saiz Countryman serba baharu kini bertambah. Dari segi dimensi model tersebut lebih panjang 20 sentimeter dan tiga sentimeter lebih lebar berbanding model terdahulu. Countryman memiliki panjang 4, 299 milimeter (mm), lebar (1, 822mm), tinggi (1, 557mm) dan jarak roda (2, 670mm). Lebar treknya pula ialah 1, 585mm di depan dan 1, 587mm di belakang.



2) Dilengkapi dengan kit badan Mini ALL4.  Kit badan tersebut merangkumi fender depan dan belakang dengan kemasan warna hitam piano dan sump guard berwarna perak. Karakter off road boleh dilihat menerusi penggunaan rel bumbung yang boleh menempatkan kargo ekstra seperti rak bumbung, kotak atau rak basikal.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666853.1493365054!/image/image.jpg



3) Buat pertama kalinya juga, model Mini didatangkan dengan lampu utama LED bersama lampu membelok.



4) Ini juga model sulung Mini Countryman dikuasakan enjin tiga dan empat silinder TwinPower generasi terkini BMW Group.  Mini Cooper Countryman didatangkan dengan enjin 1.5 liter tiga silinder manakala  Cooper S Countryman pula dijana oleh enjin 2.0 liter Twinpower.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666854.1493365135!/image/image.jpg



5) Pemandu  boleh memilih tiga mod pemanduan iaitu MID, Sport dan Green.



6) Satu ciri baharu yang ditawarkan sebagai standard pada kedua-dua varian  ialah pintu belakang automatik dengan fungsi mudah buka. Ciri itu melibatkan satu alat pengesan yang diaktifkan dengan pergerakan kaki untuk membuka dan menutup pintu belakang.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666857.1493365202!/image/image.jpg
 

7) Selain itu, Countryman baharu menawarkan tempat duduk Picnic Bench yang boleh dilipat keluar daripada ruang but.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.666858.1493365301!/image/image.jpg


Harga:

Cooper Countryman - RM239, 888 seunit

Cooper S Countryman - RM269, 888 seunit.