Buat penggemar model-model mewah yang sedang mencari kenderaan SUV (kenderaan utliti sport), artikel ini buat anda. Maserati Levante sudah tiba ke pasaran tempatan dibawakan oleh Naza Italia.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646446.1489996185!/image/image.JPG

 

PERKARA YANG PERLU ANDA TAHU TENTANG LEVANTE:

1) Bagi pasaran tempatan, Naza Italia menawarkan versi diesel. Ini kerana pihak Maserati mengeluarkan pemanduan sebelah kanan bagi Levante diesel sahaja.

 

2) Enjin 3.0 liter V6 itu hanya sesuai menggunakan minyak diesel Euro 5. Ia berupaya menghasilkan  kuasa 275hp dan tork 600Nm yang boleh diraih seawal 2,000rpm.

 

3) Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada transmisi ZF 8-kelajuan automatik bersama empat mod pemanduan bermula dari Normal, I.C.E., Sport dan Off-road.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.646451.1489996305!/image/image.jpg

 

4)  Levante masih berorientasikan prestasi seperti jentera supercar Maserati yang lain. Selain menggunakan material lebih ringan, agihan berat ideal 50:50 dan pusat graviti terendah dalam kelasnya menyumbang kepada pengendalian lebih lincah.

 

5) Harga jualan Levante bermula dari RM888,800 seunit bersama waranti standard tiga tahun tanpa had perbatuan serta Maserati Premium Service Plus tiga tahun atau 60,000 kilometer (yang mana tiba terdahulu).

 

6) Para pelanggan boleh memilih tiga pakej untuk penambahbaikan bermula dengan Pakej Sport, Pakej Luxury dan Zegna Edition.

 

GALERI