PERTAMA kali diperkenalkan pada September 2014, Perodua Axia menerima respons luar biasa. Bukan sahaja menjadi model terlaris Perodua, kereta kompak itu juga merekodkan jualan 85,900 unit sehingga tahun lalu.

Tiba masanya Axia melalui proses kitaran produk setelah dua tahun berada di pasaran. Agar produk tersebut kekal relevan dan lebih segar menepati cita rasa terkini pengguna.

Berikut 6 perkara perlu diketahui tentang Axia 2017:
1) Axia dilengkapi butang tekan start/stop, sistem akses pintar bersama kunci pintar.


2) Sistem multimedia dengan Smart Link (untuk android sahaja).

3) Varian Standard-G kini didatangkan dengan sambungan USB.

4) Tidak ketinggalan rekaan fabrik kerusi baharu (varian SE) dan kombinasi meter baharu dengan warna putih.

5) Luaran: Rekaan baharu jeriji depan dan bampar; reka bentuk lampu projektor depan baharu; pemegang pintu luar krom, roda aloi bentuk spiral dan pemegang pintu belakang.

6) Axia kini menerima nadi baru iaitu 1.0 liter VVT-I. Enjin ini turut digunakan pada model Perodua Bezza.



HARGA:
Model Axia menerima peningkatan harga berbanding sebelumnya. Berikut senarai harga Perodua Axia 2017 mengikut varian:

Standard E: RM24,900  (+ RM463)
Standard G (MT):  RM34,900  (+RM2,773)
Standard G (AT): RM36,900  (+RM1,773)
SE (MT): RM37,900  (+RM1,263)
SE (AT): RM39,900  (+RM263)
Advance: RM42,900  (+ RM1,933)