Indian Motorcycle memperkenalkan model Jack Daniel’s Limited Edition Indian Chieftain sempena ulang tahun ke 150 tahun Jack Daniel’s Distillery.

 

Model kustom inspirasi Chieftain itu direka dengan penggayaan yang agresif dan hanya dikeluarkan sebanyak 100 unit sahaja. Tentunya kehadiran model kruiser itu bakal menjadi hambatan para pengumpul jentera-jentera edisi terhad.

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.643024.1489481907!/image/image.jpg

 

Perincian pada jentera itu cukup mempersonakan bermula dengan rim 19 inci, logo Jack Daniel ‘Old No 7’, lencana penutup JD horn dan sentuhan premium seperti lampu LED, skrin boleh laras elektronik dan sistem audio 200 watt termasuk beg pelana premium.

 

Semburan cat badan putih dan hitam kristal menyerlahkan imej jentera Amerika Syarikat itu. Lebih menarik, setiap unit Jack Daniel’s Limited Edition Indian Chieftain akan mendapat bendera Amerika yang bermaterial kayu barel termasuk  nama pemilik  bersama nombor edisi jentera  0-100 dan VIN (Vehicle Identification Number).

 

http://polopoly.karangkraf.com:8080/polopoly/polopoly_fs/1.643025.1489482026!/image/image.jpg

 

Harga anggaran model edisi terhad itu ialah USD 34,999 (RM 155,697.60) seunit. 

 

GALERI