Toyota Motor Thailand rasmi memperkenalkan Toyota Vios versi facelift. Model sedan segmen-B itu ditawarkan menerusi empat varian iaitu 1.5J, 1.5E, 1.5G dan 1.5S.

 

Harga jualan bermula dari 609,000 baht (RM76,621) sehingga 789,000 baht (RM99,268). Difahamkan harga model Vios facelift itu meningkat berbanding model sebelumnya.

Soal mekanikal, Vios masih mempertaruhkan nadi yang sama berkod 2NR-FBE. Enjin 1.5 liter  4-silinder Dual VVT-i itu menghasilkan kuasa 108PS pada 6,000rpm dan tork 140Nm pada 4, 200rpm.  Kuasa disalurkan ke roda depan menerusi transmisi CVT.

 

Tentunya perubahan terbesar pada model Vios ialah perubahan kosmetik. Berikut 10 perkara perlu diketahui tentang Vios 2017 di pasaran Thailand:

1) Bahagian depan didatangkan dengan lampu utama projektor bersama ciri LED dengan desain baharu.

2) Gril tampil berbeza berbentuk T.

3) Vios lebih moden dengan penggunaan lampu LED yang terletak di sisi kiri dan kanan bampar. Lampu berkenaan turut dilengkapi dengan ciri DRL (lampu nyalaan siang).

4) Lampu belakang Vios kini ditampilkan dengan unit lampu jenis LED dengan grafik yang dikemas kini.

5) Bampar belakang terlihat lebih ramping ditambah lekukan halus yang membuat bentuknya semakin minimalis.

6) Pihak Toyota menampilkan satu garis krom sepanjang penutup but belakang.

7) Dua pilihan rim aloi ditawarkan 15 inci dan 16 inci mengikut varian.

8) Bahagian kabin pula tiada perubahan signifikan.  Terdapat beberapa pertambahan seperti skrin sentuh 7-inci, operasi keyless, kerusi kemasan kulit/fabrik, paparan pemanduan multi-info dan pendingin hawa automatik (tiada di Malaysia), semuanya ada di Malaysia.  

9) Menariknya spesifikasi di Thailand didatangkan dengan empat pilihan tema kabin yang bergantung kepada varian.

10) Pelanggan Thailand boleh memilih enam warna pilihan iaitu Red Mica Metallic, Quartz Brown Metallic, Super White, Silver Metallic, Gray Metallic dan Attitude Black Mica.