Nama beliau sudah lama terkenal di bibir-bibir masyarakat seluruh dunia kerana kejayaan beliau dalam bidang perniagaan telah membuat ramai orang mula memberi perhatian kepadanya.

Donald John Trump merupakan seorang ahli perniagaan, personaliti televisyen, ahli politik dan terbaru ini beliau merupakan Presiden Amerika Syarikat yang ke 45.

Sebelum beliau menceburi diri di dalam dunia politik, kita sudah kenal beliau melalui rancangan televisyen terkenal iaitu The Apprentice yang di hos oleh beliau sendiri.

Namun, selepas itu beliau telah berjaya menarik undi rakyat Amerika Syarikat ketika percalonan undi Presiden Amerika dengan melalui pelbagai propaganda termasuk isu perkauman, isu keagamaan dan isu perniagaan.

Adakah anda tahu seberapa banyak harta yang dimiliki oleh Donald Trump? Apakah harta yang paling mahal beliau miliki?

Menurut Forbes, Presiden Trump secara peribadinya memiliki harta sebanyak $4.5 bilion dan Trump juga telah mendakwa bahawa beliau sudah melakukan lebih banyak lagi sepanjang beliau menjadi ahli perniagaan.

Ini adalah senarai beberapa harta yang dimiliki oleh Presiden Donal Trump yang akan membuatkan anda tidak percaya apabila melihatnya.

 

10. Sikorsky S-76 Helicopter: $7 Juta

Presiden Trump mempunyai tiga helikopter tetapi Sikorsky S-76 merupakan yang terbaik baginya.

Ia dianggap sebagai helikopter pengangkutan persendirian yang terbaik setakat ini dan baru-baru ini ia telah diberikan wajah baru dimana khabar angin mengatakan kos bagi rantau ini ialah $750,00. Kos ini menjadi tinggi kerana ia menggunakan emas 24 karat di seluruh kabin penumpang. Gila ke apa?

 

9. Boeing Aircraft: $35 Juta

Sebuah kapal terbang yang besar untuk digunakan sebagai pengangkutan bandar ke bandar atas urusan kerja. Ya, kapal terbang ini digunakan oleh beliau atas urusan kerja.

Lebih menarik lagi, kapal terbang ini telah diubah suai dengan pelbagai bilik tidur dan bilik mandi utama dengan disaluti emas 24 karat.

 

8. Bangunan Avenue Of Americas: $409 Juta

Presiden Trump memiliki 30 peratus dari $2.31 bilion dolar bangunan pada 1290 Avenue of Americas, bersebelahan dengan Rockefeller Center dan Dewan Muzik Radio City (Radio City Music Hall).

 

7. Menara Trump (Trump Tower), Manhattan: $371 Juta

Rumah ini merupakan rumah untuk keluarga Donald Trump apabila mereka tidak tinggal di White House nanti.

Rumah ini dipenuhi dengan unit kediaman, pejabat dan kedai-kedai. Ia membawakan tema Memorabilioa yang juga menjadi tempat tinggal kepada Bruce Willis dan Cristiano Ronaldo.

 

6. Mercedes Benz SLR McLaren: $445,000

Ia bukanlah kereta yang paling mewah buat seorang Presiden tetapi ia merupakan kereta yang paling kool!

Mercedes-Benz SLR McLaren merupakan salah satu kereta mewah yang dimiliki Trump, tetapi kenderaan ini adalah salah satu daripada 370 kereta yang telah dijual di Amerika Syarikat pada tahun 2003. SLR bermaksud Sport Light Racing.

 

5. Rolls Royce Phantom: $550,000

Dengar sahaja nama, anda sudah tahu ia kereta mewah. Rolls Royce Phantom sebenar bermula dengan kos asas $550,000 sahaja. Namun, tipulah jika Trump tidak mengambil peluang untuk mengambil kereta ini sebagai harta beliau.

Trump juga memiliki 1956 Rolls Royce Silver Cloud, sebuah Lamborghini Diablo VT dan 2011 Chevrolet Camaro Indianapolis 500 Pace Car.

 

4. Kelab Tertutup Mar-A-Lago, Palm Spring Florida: $150 Juta

Ia merupakan kelab persendirian Trump yang memiliki keluasan 110,000 kaki persegi di Palm Spring, Florida. Ia juga tempat dimana Donald Trump dan Melania Trump melangsungkan perkahwinan beliau.

Sebelum ini, ia dijadikan sebaga rumah untuk mereka sebelum Trump menjadi presiden dan kini ia telah bertukar menjadi kelab persendirian yang sangat eksklusif.

 

3. 10 Padang Golf: $206 Juta

Apabila sudah terkenal, permainan yang sering menjadi hobi bagi golongan orang kaya ialah golf. Ia juga merupakan sukan kegemaran Donald Trump.

Jika anda ingin tahu, Trump memiliki bukan satu tetapi 10 padang golf di seluruh enam negeri di Amerika Syarikat. Kesemua 10 padang golf tersebut dianggarkan kos bernilai $206 juta termasuk tiga padang yang dimiliki oleh beliau di Scotland dan Ireland.

 

2. Trump Building On Wall Street: $345 Juta

Trump membeli bangunan di Wall Street tidak kurang dari $10 juta pada tahun 1995 dan ia telah melonjak harga sehingga $345 juta pada ketika ini.

Dengan memiliki 71 tingkat, secara ringkasnya ia merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum ini. Trump menjadi angkuh dan bongkak selepas mendakwa bangunan beliau ini merupakan tertinggi selepas peristiwa bangunan berkembar jatuh pada 9/11.

 

1. The Trump Penthouse: $90 Juta

Rumah tiga tingkat (Penthouse) di Trump Tower ini mempunyai permandangan yang cantik apabila anda boleh melihat permandangan sehingga ke Central Park.

Rumah ini dihiasi dengan begitu banyak emas dan ia merupakan satu keajaiban apabila bangunan ini boleh menampung berat emas yang digunakan di dalam rumah ini.

Ini baru rumah di dalam bangunan yang telah beliau beli sebelum ini. Pasti anda tertanya-tanya harta apa lagi yang dimiliki beliau, bukan?

Donald Trump juga memiliki pesawat, helikopter, pelbagai hartanah kediaman dan komersil serta menerbitkan sebuah buku yang paling laris.