Cinta telah banyak digambarkan oleh masyarakat kita tidak kira lelaki atau perempuan mahu pun muda atau tua.

Perasaan cinta dan sayang terhadap seseorang amat sukar untuk diubat terutama jika anda sedang menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh.

Pelbagai halangan dan dugaan terpaksa dihadapi oleh pasangan ini dan tidak ramai di antara mereka berjaya membawakan hubungan mereka ke jinjang pelamin.

Namun berbeza dengan wanita yang berasal dari Itali ini apabila sanggup mengumpul duit selama dua tahun hanya untuk berjumpa dan berkahwin dengan jejaka pilihannya.

Wanita muda itu dikenali sebagai Ilaria telah menjalinkan hubungan percintaan jarak jauh dengan Dzulfikar yang menetap di Kabupaten Batang, Jawa Tengah, Indonesia.

Menurut Ilaria, beliau telah kumpul duit simpanan selama dua tahun supaya beliau boleh bertemu dengan Dzufikar dan telah mendapat restu dari ibu bapanya selepas memberitahu tentang hubungan percintaannya untuk berkahwin dengan lelaki pilihannya di Indonesia.

 

 

"Selama dua tahun saya menyimpan wang, hasil daripada bekerja di sebuah restoran di Itali hanya untuk bertemu dengan si dia (Dzufikar)," jelas Ilaria.

 

Ilaria telah tiba di Batang pada 18 April dan segera bertemu kekasihnya di Kampung Tragung, daerah Kandeman.

Walau bagaimanapun, ketibaan Ilaria di kampung itu tidak seperti apa yang disangkakan pada mulanya.

Beliau telah menarik perhatian penduduk kampung tersebut dan menyebabkan penduduk kampung itu melaporkan kepada pihak polis tentang kehadirannya ke kampung itu.

Timbalan Ketua Polis Batang, Inspektor Pertama Agus Windarto yang diiringi bersama tiga pegawainya telah memeriksa pasangan tersebut dan menilai keadaan yang berlaku di kampung tersebut.

 

"Kami telah menyoal kepada beliau atas tujuan apa dia hadir ke kampung ini," jelas Agus yang dipetik dari Jakarta Post.

 

Dzulfikar telah mejelaskan bahawa dia dan Ilaria telah menjalinkan hubungan jarak jauh melalui media sosial, Facebook dan berharap untuk kahwin tidak lama lagi.

Agak-agak apa ayat #PikatLine yang digunakan oleh lelaki itu sampai sanggup teman wanitanya kumpul duit dan datang bertemu dengannya? Walau bagaimanapun, admin bersama warga kerja Maskulin mendoakan semoga belia dan pasangannya itu selamat diijab kabul tidak lama lagi.

Sumber: Nextshark.com