Jika lihat pada video pasti anda terkejut dengan aksi yang ditunjukkan oleh Wei Yaobin. Sejak 10 tahun lalu, beliau telah mencipta namanya sebagai guru seni mempertahankan diri (Kung Fu) di bandar Luoyang, tengah China.

 

Kung Fu beliau bukan seperti Kung Fu yang anda lihat di dalam kaca televisyen mahupun di kelab seni pertahanan diri yang sedia ada. Wei Yaobin menggelarkan dirinya sebagai 'Iron Crotch Kung Fu' yang membawa maksud Kung Fu Kelangkang Besi kerana dengan teknik Kung Fu tersebut beliau dapat menahan segala pukulan di celah kangkang.

Menurut Guru Wei, Kung Fu Iron Crotch sebelum ini hanya di amalkan oleh ahli keluarganya sahaja. Tetapi kini beliau sudah mempunyai ratusan anak murid yang sanggup berguru dan berlatih mempelajari Kung Fu beliau ini.

 

Setiap anak murid akan berlatih menahan segala jenis pukulan sama ada tendangan, tangan malah senjata tumpul yang ditujukan di kelangkang. Ia termasuk latihan hentaman kayu, tendangan dan pukulan mengguna batu-bata di celah kelangkang.

 

Kini setiap tahun, Guru Wei Yaobin telah menerima ratusan pelajar yang sanggup untuk mempelajari amalan itu dan ia juga boleh dikatakan dapat membantu memulihkan masalah ketegangan kemaluan serta pancutan pra matang walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokong dakwaan tersebut.

 

Video di bawah, anda boleh saksikan bahawa mereka tidak berganjak sedikit pun apabila pukulan di celah kelangkang dan orang ramai amat terpegun melihat keupayaan mereka itu.

 

Adakah anda sanggup untuk mempelajari Kung Fu ini?

 

Sumber: Mail Online