Ada sebab mengapa anda harus melawat Jepun ketika waktu pejabat kerana anda berpeluang melihat sekumpulan ninja sedang melakukan kerja disebalik meja mereka.

 

Kenapa sekumpulan ninja? Di Jepun, Hari Ninja Sedunia disambut pada 22 Februari dan mengapa kami menegaskan datang melawat ketika waktu bekerja kerana terdapat segelintir tempat telah meraikan beberapa hari awal.

 

Untuk pengetahuan anda, sambutan tersebut jatuh pada tarik 2/22 dan Kotaku telah menyatakan bahawa ia hanya permainan 'kata' (word play). Manakala dalam bahasa Jepun pula, nombor 2 merujuk kepada 'Ni' yang membawa maksud 'Ninja' tetapi dengan menggunakan ayat 'Nin' ia membawa maksud kepada daya tahan, kesabaran dan menahan diri.

 

Di bandar Koka, Shiga Prefecture yang merupakan pegawai pelancongan telah memulakan kerjanya dengan tradisi Shozoku dan ia telah mula dikesan oleh RT News.

 

"Perkara penting bagi Ninja adalah bagaimana anda mengendalikan maklumat. Seperti kami yang bekerja dalam bidang perlancongan, ia amat penting bagi kami untuk berkongsikan maklumat mengenai tempat peranginan," ujar pekerja pejabat Tatsuya Makino.

 

Shozoku merupakan pakaian pilihan para ninja. Ia dijahit daripada kapas agar dapat menyerap kelembapan baadn dan secara umumnya ia dianggapkan bahan penting untuk pemakai.

 

Menurut Murioto, pakaian penuh untuk seorang ninja terdiri daripada fukumen (selendang ikat kepala), Uwagi (jaket poket), tekko ( perlindungan tangan), dodzime (tali pinggang lebar), igabakama (seluar dengan poket rahsia) dan Kyahan (sarung kaki yang mempunyai poket rahsia).

 

Untuk makluman, Hari Ninja Sedunia bukanlah cuti rasmi yang seperti anda sangkakan dan ia sebenarnya salah satu langkah untuk menarik minat orang bekerja.

 

Patutlah dekat Jepun bukan main maju orang dia. Pihak kerajaan pun turut serta memberi sokongan kepada seluruh pekerja dia. Mesti anda rasa nak kerja kat Jepun sekarang inikan? Hehe