Rokok elektronik bukan la satu perkara baru di negara kita mahu pun di luar negara. Rokok elektronik mula mencetus fenomena selepas harga rokok yang kian meningkat dan faktor bahan yang digunakan di dalam penghasilan rokok seperti Dunhill, Winston, Camel dan seumpamanya.

Baru-baru ini, seorang lelaki dari Amerika Syarikat terpaksa menanggung derita apabila rokok elektroniknya (vape) meletup secara tiba-tiba ketika beliau menggunakannya. Akibat daripada letupan itu, Andrew Hall, 30 tahun, telah kehilangan sebanyak tujuh batang gigi dan mengalami melecur di bahagian muka.

Menurut laporan, Andrew telah menggunakan rokok elektronik tersebut pada kuasa kepanasan yang tinggi ketika menyedut asap vape tersebut. Letupan itu bukan sahaja mencederakan diri beliau malah menyebabkan berlakunya kebakaran kecil di dalam tandas rumahnya.

Selain kehilangan gigi dan melecur di muka, Andrew turut menjelaskan bahawa kerongkong dan lidahnya turut tercedera akibat insiden itu. Untuk kaki vape di luar sana, berhati-hati dengan rokok elektronik jika tidak mahu perkara yang tidak sepatutnya berlaku. Adakah korang rasa nak vape lagi selepas lihat pada gambar Andrew?

Sumber: Dailymail