Siapa tidak kenal ahli gusti professional Amerika Syarikat, Mark William Calaway atau dikenali sebagai 'The Undertaker'.

Buat pertama kali beliau memulakan kariernya sebagai ahli gusti di World Class Championship Wrestling (WCCW) pada tahun 1984.

Selepas berkhidmat di WCW dari tahun 1989 sehingga 1990, The Undertaker telah mula menceburi dunia gusti baru di World Wrestling Federation (dahulunya WWF dan kini telah tukar kepada WWE) pada tahun 1990 sehingga kini.

Ia sekali gus menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang ahli gusti yang paling lama berkhidmat di dalam gelanggang gusti. Ramai telah beranggapan bahawa Calaway merupakan ahli gusti paling hebat setiap masa.

Namun, baru-baru ini satu video yang telah dikongsikan oleh WrestlingWorld menunjukkan 'The Undertaker' bersara di depan seluruh peminat sukan gusti.

Anda boleh saksikan di dalam video tersebut, The Undertaker menanggalkan topi dan kotnya di tengah gelanggang. Beliau meninggal pakaian seragamnya dan berlalu pergi selepas mencium isterinya (Michelle McCool).