Pernah tak anda alami apabila hampir dikatakan setiap minggu anda berjumpa dengan berlainan orang dan ia bukanlah temu janji seperti dalam perhubungan percintaan atau pun misi mencari jodoh?

 

Dan ada yang memanggil perbuatan itu sebagai 'kaki perempuan', 'menggatal', perlukan perhatian dan sebagainya.

 

Perkara ini terjadi pada seorang lelaki yang menetap di Kuala Lumpur, Malaysia apabila beliau telah bertemu lebih daripada 50 wanita hampir setiap minggu.

 

Dikenali sebagai Louis Liaw yang merupakan seorang peguam telah mengaku bahawa beliau sudah berjumpa banyak wanita hampir setiap minggu dan kenyataan tersebut telah dimuat naik di akaun Instagram beliau sendiri.

 

Seperti yang dibincangkan pada awal artikel ini, Liaw turut menjelaskan terdapat segelintir masyarakat menggelar tindakan beliau sebagai kaki perempuan atau 'playboy' hanya kerana berjumpa berlainan perempuan setiap hari.

 

Namun, Liaw beranggapan bahawa dengan cara tersebut dapat membantu beliau dalam meningkatkan kemahiran sosialnya bersama orang tidak dikenali.

 

"Saya mahi berjumpa seberapa ramai orang yang saya boleh untuk meningkatkan kemahiran sosial saya dan belajar bagaimana untuk menguruskan keadaan sekeliling," ujar beliau.

 

Liaw turut menjelaskan dengan temu janji itu dapat mengajar beliau tentang bagaimana untuk mewujudkan dan mengekalkan perbualan yang baik serta bagaimana untuk menjadi pendengar yang baik dan bagaimana untuk menarik perhatian seseorang. Banyak perkara yang beliau pelajari apabila bertemu dengan perempuan berbanding bertemu dengan lelaki.

 

Beliau turut mendedahkan bahawa tidak kerap untuk membuat temu janji atau bertemu dengan seseorang ketika di sekolah mahupun di Univerisiti.

 

"Saya banyak mengajak perempuan keluar dengan saya selepas saya tamat pengajian di UK.

 

"Di UK, banyak perkara yang saya telah pelajari seperti lebih petah bergaul dan saya menjadi seorang yang berfikiran terbuka serta orang sekeliling menggalakkan saya untuk memberanikan diri untuk bercakap," jelas Liaw.

 

Liaw juga menjelaskan bahawa tidak memilih pasangan dalam hal ini walaupun wanita itu datang dari pelbagai latar belakang etnik dan pekerjaan.

 

"Sebab itu saya suka Malaysia. Kami hidup secara majmuk. Kita mempunyai banyak perempuan cantik. Jika anda tidak bersifat perkauman dan berfikiran terbuka, hidup anda akan dipenuhi dengan kasih sayang yang begitu banyak dari orang sekeliling anda. Setiap orang mempunyai cerita yang menarik jika anda memberi perhatian kepada mereka." jelasnya.

 

Liaw juga menjelaskan setiap temu janji yang diaturkan, beliau lebih suka untuk bertanyakan soalan, mendengar dan memberikan peluang seseorang itu untuk meluahkan perasaan dan bukannya cuba untuk menarik perhatian mereka.

 

Walaupun sudah lebih daripada 50 wanita beliau temui, namun terdapat sebahagian kecil daripada mereka telah membawakan temu janji itu kepada hubungan yang lebih serius atau intim.

 

"Perkara ini saya sudah jangka, walaupun terdapat segelintir yang mempunyai perasaan tersebut termasuk saya, jika pada saat itu saya tidak berminat atau si dia tidak berminat selepas temu janji itu, kami tetap menjadi kawan yang baik," ujar beliau.

 

"Saya masih seronok walaupun hidup saya bujang dan saya okay dengannya. Akan ada gadis diluar sana yang akan membuatkan hati anda tertawan."

 

Dalam pada itu, Liaw telah menguruskan jadualnya menjadi begitu sibuk hanya untuk mencari pasangan yang dicari selama ini. Malah beliau sudah pun menetapkan tarikh untuk ditemu janji iaitu pada hari Khamis dan satu lagi pada hari Sabtu.

 

Sumber: Liaw & Nextshark