Bekerja sebagai seorang wartawan atau jurufoto di kawasan perang atau kawasan larangan adalah sukar digambarkan kerana anda dipenuhi dengan rintangan dan pelbagai cabaran yang datang.

 

Seorang wartawan British telah ditangkap, dirantai dan diseksa oleh pihak berkuasa Sudan selama lebih daripada enam minggu.

Phil Cox bersama rakannya Daoud Hari telah melintasi sempadan ke Sudan pada Disember 2016 atas tujuan untuk melaporkan tentang nasib penduduk di wilayah Darfur. Namun, perkara yang dirancang tidak menjadi apabila mereka telah diculik oleh pihak militia bersenjata.

 

Ketika penangkapan berlaku, pihak berkuasa Sudan sudah berjaya mengesan jejak mereka dan meletakkan harga 'tangkap atau bunuh' bagi setiap kepala mereka lebih daripada £250,000.

Disebabkan mereka telah menghampiri pergunungan Jebel Marra pada ketika itu, mereka telah diculik oleh militia di Darfur bersama tebusan yang dijaga oleh pengawal bersenjata AK47s.

 

Mereka telah dirantai di pokok di tengah padang pasir selama seminggu serta dipukul.

Pada ketika ini, Cox telah berjaya menipu pihak militia apabila berjaya merakam video merka dan mengambil kad memori sebelum dibungkus ke dalam plastik hitam dan sembunyikannya di dalam dubur.

 

Kandungan kad memori tersebut menampilkan dua video yang telah digunakan oleh Channel 4 News yang merupakan syarikat Cox dan Hari bagi melaporkan kesan penghijrahan haram melalui Sudan dan menyiasat dakwaaan serangan kerajaan Sudan ke atas orang awam di Darfur dengan menggunakan senjata bahan kimia.

Selepas rundingan berulang kali antara kerajaan AS dan UK, Hari telah diberikan pembebasan di Amerika Syarikat apabila berjaya keluar pada 18 Januari dan diikuti oleh Cox pada 1 Februari.

 

Pada masa itu, pegawai-pegawai Sudan telah memberitahu kepada pemberita bahawa Cox telah diampun oleh Presiden Omal Al Bashir.

Seorang daripada pegawai tersebut telah memberitahu kepada agensi berita EFE bahawa Cox telah memasuki ke negara ini secara haram dan niatnya untuk menyiasat dakwaan Amnesty International atas penggunaan senjata kimia.

 

Cox menjelaskan sewaktu beliau di dalam penjara, mereka telah ditakutkan dengan taktik kejam oleh pasukan keselamatan Sudan dan ia telah mendedahkan cara mudah dan berat sebelah sesetengah pihak yang menguruskannya. Saksikan gambar beliau bawakan kepada seluruh dunia.

Sumber: independent.co.uk