Belum lagi ditayangkan kepada umum, filem yang amat dinanti-nantikan peminat DC Comics iaitu Suicide Squad telah menerima rating yang mengecewakan daripada para pengkritik. Menyusul selepas filem adiwira Batman v. Superman: Dawn of Justice yang menerima reaksi bercanggah, Suicide Squad fokus kepada sekumpulan penjahat dalam satu misi rahsia untuk menentang ancaman yang lebih berbahaya daripada mereka.

Jika dinilai menerusi trailer, Suicide Squade dianggap mampu menyaingi kejayaan filem Deadpool. Walaubagaimanapun, filem ini dibanjiri reaksi negatif sebaik sahaja tirai ulasan pengkritik dibuka semalam..

Laman web Rotten Tomatoes memaparkan hanya 31% rating positif (masa artikel ditulis) untuk Suicide Squad berdasarkan 124 ulasan. Konsensus kritik menyatakan, "Suicide Squad boleh bermegah dengan barisan pelakon berbakat dan humor yang lebih berbanding percubaan-percubaan DCEU yang lalu, namun ia tidak cukup untuk menyelamatkan filem ini daripada plot yang kacau, karakter yang ringan dan pengarahan yang tak menentu."

Kebanyakan pengulas nampaknya mempertikaikan skrip dan plot filem ini , namun mmemuji persembahan bintang-bintang berpengalaman seperti Viola Davis, Will Smith, Jared Leto, dan Margot Robbie. Antara feedback lain untuk filem ini ialah:

"Watak The Joker dan Harley Quinn memang mencuri perhatian, tetapi jalan ceritanya tidak masuk akal dan agak bercelaru." - Variety

"[Filem ini] teruk. Bukan teruk yang menyeronokkan. Bukan teruk yang boleh ditebus.
...skrip Ayer memaksa perubahan karakter yang tidak menentu, mustahil untuk dilaksanakan meskipun oleh pelakon yang berpengalaman."
- Vanity Fair

"Terlalu banyak yang berlaku dalam adaptasi Suicide Squad oleh David Ayer sehingga akhirnya, ia seperti anda tidak menonton apa-apa." -Time Magazine

"Percubaan mengelirukan yang tidaklah 'cool' seperti yang difikirkan, Suicide Squad menghimpunkan satu pasukan penjahat all-star kemudian tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan mereka." - The Hollywood Reporter

Jika berdasarkan track record filem Batman v. Superman, kami menjangkakan filem ini masih boleh mengaut keuntungan biarpun tidak mendapat respon positif pengkritik. Peminat-peminat tegar DC Comics dan penonton filem komersial pun rata-rata tidak kisah dengan perincian plot dan aspek-aspek teknikal yang dibidas oleh pengkritik. Filem Suicide Squad akan mula ditayangkan kepada umum mulai 5 Ogos 2016.

Saksikan Trailer Suicide Squad: