Pada minggu lepas, Utara China telah mengalami musim sejuk dimana keadaan di kawasan tersebut mengalami cuaca yang amat sejuk dan bersalji. Sehubungan dengan itu, ia turut menjejaskan sistem penghantaran termasuk surat, barang dan kurier di Inner Mongolia.

 

Menurut Shanghaiist, terdapat servis penghantaran (kurier) telah dikesan di sekitar bandar Bayannur. Lebih menarik lagi, kurier tersebut menggunakan kuda sebagai kenderaan beliau untuk bergerak ke suatu tempat.

 

Kurier tersebut ditunggang oleh seorang lelaki dan beliau telah membawa sebanyak 40 pakej penghantaran untuk di serahkan kepada penduduk tempatan di sekitar bandar tersebut.

 

Lelaki tersebut dikenal pasti oleh GB Times sebagai Alateng Baolige, yang mendedahkan bahawa menunggang kuda merupakan hobi beliau dan sering dilakukan selepas waktu kerja.

Menurut Alateng, menunggang kuda adalah satu cara yang amat mudah dan lebih selamat berbanding menggunakan skuter atau motosikal kerana keadaan jalan yang diliputi salji tebal boleh membahayakan si penunggang.

 

Disebabkan kelibat beliau bersama kuda sering kelihatan, beliau turut berjaya menarik perhatian netizen di Inner Mongolia.

 

Satu rakaman video beliau menunggang kuda di sepanjang jalan yang dilitupi salji, sambil membawa beg penuh berisi mel (surat) telah tersebar luas di laman sosial.

 

Kadang-kadang beliau mendapat pujian 'handsome' dari gadis sekitar bandar tersebut.

 

Sumber: Nextshark