Fyn Jamal atau dikenali sebagai Kok Ping telah mendapat perhatian netizen apabila beliau memuat naik satu video di laman Facebook-nya, menerangkan tentang solat cara perempuan.

Di dalam video tersebut, anda boleh lihat bahawa Fyn Jamal cuba menerangkan kepada golongan perempuan bahawa cara solat sebenar adalah sama dengan lelaki.

Video yang berdurasi selama seminit itu telah mendapat pelbagai reaksi dari netizen termasuk ustaz-ustaz dan juga mufti.

Walaupun ramai sudah tahu bahawa Fyn Jamal kini sudah ke arah islamik dengan meggayakan niqab apabila keluar atau berada di tempat awam. Namun, ramai yang menyangka terhadap beliau agar belajar dan cari lagi tentang ilmu agama.

Video tersebut anda boleh saksikan bahawa Fyn Jamal juga turut mengeluarkan beberapa fatwa sehingga mendapat kecaman dari pelbagai pihak. Jom kita saksikan video Fyn Jamal dan jawapan dari seorang lelaki tentang video tersebut.

Namun, Fyn Jamal turut menjelaskan tentang video itu di dalam ruangan komen video tersebut.