Jika nak dibandingkan dengan filem tempatan atau antarabangsa, banyak watak hero menjadi pujaan orang ramai tidak kira lelaki mahupun perempuan. Seorang lelaki berasal dari Pakistan telah mengaku bahawa dirinya merupakan manusia yang paling kuat di dunia.

Arbab Khizer Hayat yang berasal dari Pakistan, menyatakan bahawa beliau sudah pun menerima nama jolokan oleh penduduk setempat apabila mereka memanggilnya 'The Hulk'.

 

Hayat turut menjelaskan bahawa beliau ingin menjadi juara dalam sukan angakt berat dan satu video telah merakamkan beliau berjaya menarik sebuah traktor yang sedang bergerak ke belakang dan di tarik dengan menggunakan tali olehnya.

Hayat menjelaskan rutin pemakanan beliau sejajar dengan peningkatan badannya. Beliau mengambil sebanyak 10,000 kalori pada setiap hari. Ia termasuk sebanyak 36 biji telur untuk waktu sarapan, 3kg daging dan lima liter susu.

 

Dengan berat seberat 435kg dan tinggi hanya enam kaki tiga inci, Hayat turut menyatakan bahawa beliau tidak mengalami masalah kesihatan.

Lebih menarik lagi, Hayat turut menyatakan bahawa beliau ingin menyertai area gusti WWE dan telah berjaya mengangkat berat lebih dari 4,000 kg pada satu kejuaraan di Jepun sebelum ini.
 

Sumber: Dailymail