Tak kira nak buat apa sekali pun, tetapi pastikan diri kamu tahu cara dan teknik untuk melakukan sesuatu perkara tersebut termasuklah senaman.

 

Walaupun nama senaman seperti tiada tanda bahaya yang mendatang, tetapi tanpa pengetahuan dan ilmu yang sepatutnya, ia mampu memberikan kamu masalah sehingga membawa maut.

Semalam di sosial media, video seorang lelaki sador rebah selepas membuat aksi 'deadlift' menjadi tumpuan orang ramai.

 

Jika di lihat pada video itu, lelaki sador tersebut ternyata mengerahkan seluruh tenaganya untuk mengangkat besi berat itu tetapi rebah tidak lama kemudian.

Video tersebut telah ditonton lebih daripada 5 juta orang di seluruh dunia dan ramai tertanya-tanya apa yang terjadi pada lelaki sador tersebut.

 

Lelaki sador tersebut masih tidak dapat dikenal pasti dan dari negara mana dia berasal. Yang penting sekali, lelaki tersebut mengalami patah tulang belakang yang menyebabkan beliau jatuh rebah terus ke tanah.

Untuk kamu di luar sana, jika minat atau ingin melakukan aktiviti sihat, pastikan kamu sudah tahu teknik dan cara untuk melakukan. Jangan melakukan tanpa sebarang ilmu atau nasihat pakar, sayangi nyawa kamu sebelum melakukan sesuatu.

 

Penjelasan tentang sakit tulang belakang oleh Mahyuddin Mohamed.

 

Sumber video: Dee Supp