Jika anda melalui zaman kanak-kanak pada era 90-an dan merupakan penonton setia Pokémon seperti kami, pasti anda juga sangat familiar dengan lagu tema siri ini. Namun dalam banyak-banyak opening theme Pokémon, kami rasa lagu pertama dari siri Pokémon: The Original adalah yang terbaik.

Baru-baru ini, penyanyi asal lagu tema Pokémon, Jason Paige telah kembali ke studio untuk merakamkan kembali runut klasik popular itu.

 

Macam lip-sync, tapi bukan! Paige ialah seorang penyanyi profesional bertauliah, maka tidak hairanlah vokalnya masih mantap dan menyengat.

Kalau anda nak dengar kesemua lagu tema Pokémon, boleh tonton video di bawah. Kami tetap berpendapat bahawa lagu pertama adalah yang paling catchy. Gotta catch 'em all!