Sebelum ini kita telah dikejutkan lelaki dari England, Daniel Tyler atau dikenali sebagai 'Mat Dan' apabila beliau fasih bercakap bahasa terengganu.

Kali ini, seorang lelaki berasal dari Turki yang dikenali sebagai Fatih Imamoglu, 25, menjadi rebutan di Kelantan.

Bukan kerana muka yang kacak atau bangsa Turki, tetapi beliau menjadi rebutan dan tarikan di negeri itu kerana kepetahannya menggunakan dialek Kelantan di dalam satu video pendek yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.  

Mat Daud turut menjelaskan bahawa beliau rasa amat terkejut apabila video pendek itu menjadi tular, sekali gus menjadikan beliau terkenal di negeri itu.

"Setiap kali keluar, ada sahaja orang akan panggil saya untuk bergambar atau berswafoto dan ini merupakan satu pengalaman baru untuk saya", ujar Mat Daud.

 

 

Beliau turut menyatakan bahawa terdapat beberapa agensi telah menawarkan beliau untuk menjadi model dan jurucakap bagi produk-produk kecantikan.

Mat Daud juga memberitahu bahawa beliau turut berlakon di dalam sebuah telemovie yang berjudul Mek Mu Weii terbitan Kelantan Cretive TV (KCTV) yang berpangkalan di Kota Bharu.

"Telemovie tersebut menggunakan 100 peratus loghat kelantan dan secara langsung ia menguji kebolehan saya untuk bertutur di dalam bahasa itu," jelas Mat Daud.

Bagi pendapat Mat Daud, ia menggangapkan sebagai 'rezeki terpijak' buatnya dan beliau selesa dengan situasi itu.

Mat Daud menjelaskan, pada usia 16 tahun beliau telah mengikuti keluarganya berkunjung ke Malaysia kerana urusan perniagaan pakaian di negeri ini.

“Saya buat buku sendiri dan tulis semua loghat Kelantan yang dituturkan, kemudian terjemah kepada Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu untuk mudahkan pertuturan. Bila tak tahu, saya tanya rakan.

"Saya juga mengikuti pengajian Bahasa Melayu secara formal dan sentiasa melatih diri dengan bertutur menggunakan loghat Kelantan,” katanya.

Mat Daud turut menjelaskan bahawa beliau tertarik dengan Kelantan kerana rakyatnya yang cukup peramah serta kaya dengan budi bahasa.

Sumber: Sinar Harian