Siapa tak kenal pelakon popular John Wick ini selepas mendapat pecah panggung di seluruh dunia di dalam tayangan John Wick 2.

 

Watak John Wick tersebut telah dipegang oleh Keanu Reeves. Beliau sebelum ini pernah menjadi popular ketika memegang watak sebagai Neo di dalam filem Matrix.

 

Walaupun banyak filem yang dilakonkan mendapat sambutan sehingga memecah rekod panggung, beliau bukanlah seperti selebriti popular yang lain. Keanu berasal daripada keluarga yang bermasalah.

 

Ketika beliau berusia 12 tahun, bapanya telah ditahan kerana mengedar dadah manakala ibunya pula bekerja sebagai penari bogel. Disitu anda boleh lihat bagaimana beliau menghadapi kehidupan ketika kecil.

 

Mungkin ramai tertanya-tanya adakah Keanue ini memilih terhadap pasangan hidup atau beliau mengalami masalah dalaman?

 

Untuk pengetahuan anda, Keanu Reeves telah menyaksikan kematian teman wanitanya iaitu Jennifer Syme akibat kemalangan jalan raya. Pada ketika itu, mereka hampir berkahwin namun kekasih hatinya telah pergi meninggalkan beliau.

 

Pada sejak itu, Keanu telah mengelakkan diri beliau dari menjalin sebarang hubungan terutama di dalam hubungan percintaan yang serius dan mempunyai anak.

 

Beberapa wartawan telah menemu ramah beliau dan bertanyakan mengapa tidak tinggal di Mansion seperti selebriti yang lain, namun Keanue menjelaskan bahawa beliau selesa tinggal di flat dan beliau boleh dapat apa yang beliau inginkan pada bila-bila masa sahaja.

 

"Saya tinggal di flat, saya boleh dapat apa yang saya mahu bila-bila masa, kenapa nak tinggal di rumah kosong?" ujarnya.

 

Pada sekitar 90-an, salah seorang kawan baik beliau iaitu pelakon River Phoenix telah meninggal dunia akibat pengambilan dadah secara berlebihan. Lebih tragik lagi, pada tahun yang sama juga bapa beliau telah ditahan polis akibat kes dadah.

 

Namun, itu bukan sahaja pengakhiran dugaan buat beliau apabila mendapati adik perempuannya menghidapi Leukemia. Keanu telah menderma sebanyak 70% pendapatan beliau ketika berlakon di dalam filem Matrix kepada hospital bagi merawat pesakit Leukemia.

Anda boleh lihat, beliau telah menerima pelbagai dugaan dan cabaran sewaktu beliau masih kecil lagi namun ia tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berjaya. Keanu menghadapi setiap cabaran dengan tenang.

 

Apabila tiba hari kelahiran, beliau tidak sambut seperti selebriti yang lain malah beliau pergi ke kedai gula-gula untuk membeli sebiji kek dan makan seorang diri. Jika terdapat peminatnya lalu pada ketika itu, beliau akan menawarkan sedikit kek tersebut kepada mereka.

 

Jangan anda rasa hairan jika beliau tiba-tiba duduk disebelah anda kerana beliau tidak mempunyai sebarang pengawal peribadi dan tidak memakai pakaian mewah pun.

 

Apabila ditanya mengapa beliau sering kelihatan sedih, Keanu berkata;

 

"Anda perlu rasa gembira untuk hidup. Saya tidak 'hidup'", jelas Keanu.