Di Malaysia, peratus untuk mendapat kerja semakin sukar terutama apabila ekonomi sedang meruncing pada ketika ini.

 

Kebanyakkan syarikat-syarikat gergasi hanya mahukan pekerja yang boleh menerima gaji yang sedikit tetapi boleh melakukan kerja yang banyak (multi-tasking).

 

Namun, perkara itu telah diselar oleh ibu tunggal yang berusia 51 tahun apabila mendapat perhatian dari netizen melalui video beliau yang telah menjadi tular di laman sosial Facebook-nya.

 

Rokiah Salim yang merupakan bekas pekerja kilang telah mencabar anak muda di Malaysia untuk menyahut dan menerima pekerjaan yang ada pada ketika ini.

Rokiah atau dikenali sebagai 'kak lori' menjelaskan bahawa sebelum ini beliau telah bekerja selama 18 tahun dan pelbagai pengalaman serta pahit getir telah beliau lalui ketika sepanjang bekerja di tempat berkenaan.

 

Hampir dua dekad beliau berkhidmat bersama majikan yang sama pada ketika itu, akhirnya Rokiah telah membuat keputusan untuk menukar kerja dengan memandu sebuah trak treler 10 roda.

 

Permintaan majikan baru beliau telah meminta kepada beliau agar melakukan sekurang-kurangnya 150 perjalanan sebulan ke Pelabuhan Pulau Pinang untuk mengambil bekas sebelum menghantar ke depot untuk pembaikan.

 

Menurut Rokiah, beliau hanya menerima gaji asas sahaja kerana sifat kerja, Rokiah bersyukur kerana dibenarkan untuk menjadi ketua sendiri.

 

Dengan usia yang sudah mencecah lebih 50 tahun, Rokiah mendedahkan bahawa beliau mempunyai waktu yang fleksibel di mana beliau boleh mendapat wang tambahan dengan hanya melakukan lebih banyak penghantaran atau perjalanan (trip).

 

Mungkin ramai yang menyangka pekerjaan ini hanya dapat gaji seberapa tetapi menurut 'Kak Lori', beliau pernah memperolehi gaji sebanyak RM7,000 sebulan termasuk elaun makanan, komisen dan bonus.

 

Beliau berharap agar generasi muda sanggup menerima pekerjaan yang ada pada ketika ini tidak kira jika ia menjadikan anda sebagai seorang pemandu lori, pengutip sampah dan sebagainya, asalkan anda tidak bergantung kepada wang ibu bapa anda.

"Ramai anak muda memilih untuk kekal menganggur, sedangkan banyak lagi kerja kosong termasuk sebagai pemandu lori. Cubalah dan tidak terus bergantung kepada duit ibu bapa anda," nasihat Kak Lori.

 

Walau bagaimanapun, beliau turut menyatakan bahawa terdapat dugaan dan cabaran apabila memandu lori yang rata-ratanya golongan lelaki yang menguasainya.

 

Dalam satu contoh, beliau berkongsikan pengalaman beliau sebelum ini apabila diganggu oleh sekumpulan lelaki mabuk dan dikenakan serangan lisan ke arahnya.

 

Menurut Rokiah, beliau bernasib baik apabila terdapat orang yang tidak dikenali menyelamatkannya dengan membawakan lelaki mabuk tersebut jauh daripadanya.

 

Biar pun kerjanya itu mempunyai risiko yang tinggi terutama pada golongan wanita, namun Kak Lori tetap akan suka terhadap kerjanya dan memuji majikannya sebagai 'Yang Terbaik Di Dunia'.

 

Di dalam video tersbut, anda boleh dengar bahawa Rokiah telah menyatakan bahawa majikannya masih mencari dan ingin mengupah pemandu wanita.

 

"Boss dah ramai pekerja lelaki, dia cuma mahu pekerja perempuan. Rajin bekerja," jelas Rokiah.

 

Sumber: Malaysian Digest