Setiap konsert tidak kira luar negara mahupun dalam negara pasti mempunyai masalah yang sama terutama apabila konsert itu dibanjiri oleh para peminat.

 

Antara masalah yang sering terjadi pada setiap konsert ialah gangguan seksual dari para penonton yang lain dan ia sering terjadi pada golongan wanita.

 

 

Baru-baru ini, seorang penyanyi terkenal dari Pakistan, Atif Aslam telah berhentikan seketika persembahannya kerana beliau ternampak seorang gadis telah dicabuli oleh para penonton yang hadir pada ketika itu.

 

Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dari seluruh dunia terutama dari golongan wanita. Mereka memuji tindakan Atif apabila beliau memanggil pengawal untuk menarik gadis tersebut keluar dari kelompok tersebut pada ketika itu.

 

 

Di dalam video tersebut, Atif turut menjelaskan kepada penonton apa yang sedang berlaku dan para penonton terus bersorak menunjukkan tanda setuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Atif pada ketika itu.

 

Tahniah dan syabas untuk Atif, seluruh warga kerja Maskulin mengharapkan semua selebriti dapat melakukan perkara yang sama terjadi pada konsert Atif Aslam ini.

 

Sumber: AJ+