Semua individu di dunia inginkan kebahagiaan dalam perkahwinan. Maskulin bawakan 10 cerita mengenai isu perkahwinan sama ada yang pelik, aneh dan romantik.

1.    Pulangkan Buah Pinggangku Kembali!
Kejadian ini terjadi di United Kingdom. Samantha Lamb berumur 41 tahun dan ibu kepada seorang anak akui terlalu kecewa dengan suaminya. Kerana diduakan oleh Andy, Samantha nekad untuk bercerai. Sebelum bercerai, Samantha melalui peguamnya meminta si suami memulangkan kembali organ buah pinggang yang pernah didermakan olehnya pada Oktober 2009.

2.    Bercerai kerana Kacang Hijau
Pasangan suami isteri di Kuwait bercerai kerana masing-masing bergaduh  mempertahankan cara makan kacang hijau dengan betul. Si suami lebih senang makan kacang tersebut dengan roti manakala si isteri menegah dan menyuruh suami menggunakan garfu.

3.    Wechat, WhatsApp, dan Line
Pada waktu kini terdapat tiga jenis aplikasi telefon pintar yang banyak mempengaruhi kadar penceraian dan juga perkahwinan. Bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Di sini bermulanya cinta, di sini juga terjadinya penceraian dan juga skandal hebat melibatkan ribuan pasangan.


4.    ‘I should say, one of the things about being a widow or a widower, you really, really need a sense of humor, because everything's going to fall apart’ - Joyce Carol Oates, (pelakon Hollywood & penerima anugerah Oprah's Book Club)  

5.    Pierce Brosnan memperingati mendiang isterinya, Cassandra Peterson dengan membina tugu bernama Whale Seat. Tugu berbentuk kerusi ekor ikan paus ini boleh dilihat di Orange County, California. Cassandra Peterson juga seorang pelakon Australia meninggal dunia tahun 1991 disebabkan kanser ovari. Bertambah malang anak perempuannya juga, Charlotte meninggal dunia disebabkan penyakit yang sama.

6.    Pelawak terkenal Martin Short turut menerima nasib seperti Pierce Brosnan. Beliau muncul dalam filem Madagascar 3 setelah isteri kesayangannya, Nancy Dolman meninggal dunia juga disebabkan kanser ovari. Menurut Martin, tidak ramai individu yang tahu bahawa disebalik gelak ketawa watak Stefano adalah suara kesedihannya dan bermulanya status sebagai duda.

7.    Yoko Ono, balu kepada ahli kumpulan lagenda terkenal Beatle, John Lennon pernah digelar balu paling popular dunia.

8.    Tahukah anda jika anda tidak mencari pasangan kembali dalam tempoh tiga tahun setelah bergelar duda atau janda, maka peratus untuk mendapat penyakit mental adalah tinggi disebabkan tekanan dari persekitaran.   

9.    83 peratus pasangan mengatakan ingin bercerai disebabkan oleh masalah seks dan skandal. Diikuti dengan masalah kewangan.

10.    Tahun 2011 di Amerika menyaksikan semua penceraian yang terjadi dinegara itu disebabkan oleh Facebook!