Are you a Monday person, atau hari Isnin sememangnya mimpi ngeri buat anda? Monday blues agak bahaya sebenarnya, kerana ia memberi kesan bukan saja kepada kesihatan, tetapi ekonomi, kerjaya dan mungkin nyawa anda!

1. Isnin ialah hari mengeluh
Satu soal selidik pada tahun 2011 melaporkan bahawa seseorang individu mengeluh selama 34 minit secara purata pada hari hari Isnin, berbanding 22 minit pada hari-hari lain.

2. Sakit jantung
Mangsa serangan jantung meningkat 20% pada hari Isnin.

3. Hari pasaran saham 'tidur'
Pada hari Isnin, pasaran saham AS lebih berkemungkinan untuk jatuh daripada naik.

4. Hari peniaga online perlu lebihkan promosi
Kenapa? Lebih ramai orang membeli secara online pada hari Isnin berbanding hari-hari lain.

5. Hari lambat pick-up?
Satu kajian oleh Marmite pada 2011 mendapati bahawa secara purata, individu di UK tidak akan senyum pada hari Isnin sebelum pukul 11.06 pagi.

6. Hari lewat
50% pekerja datang lewat pada hari Isnin.

7. Hari 'jangan buat aku marah'
Pernah seorang wanita di AS menembak secara rambang semata-mata kerana bencikan hari Isnin, mencetuskan inspirasi untuk lagu I Don't Like Mondays oleh Bob Geldof.

8. Oh no.
Kebanyakan kes bunuh diri berlaku pada hari Isnin.

9. Usia main peranan
Individu berusia 45-54 tahun lebih cenderung mengalami sindrom hari Isnin.

10. Nak atasi monday blues?
Ramai bersetuju bahawa kebencian terhadap hari Isnin boleh diatasi dengan menonton TV, online shopping, membeli coklat dan kosmetik, merancang percutian dan menngadakan hubungan seks.