Kata orang, demi cinta manusia sanggup berkorban apa saja. Demi cinta juga, seorang lelaki sanggup menunggu kekasihnya selama 10 hari sehingga perlu dirawat di hospital.

Warga Belanda, Alexander Piter Cirk, berkenalan dengan kekasihnya dari China dua bulan lalu melalui aplikasi rangkaian sosial. Tidak sanggup menanggung rindu akibat jarak yang terlalu jauh, baru-baru ini Cirk memohon visa dan menempah tiket ke China untuk bertemu dengan kekasihnya.

Malangnya, kekasih Cirk tidak kelihatan sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changsha Huanghua. Lelaki yang sedang mabuk cinta itu mengambil keputusan untuk menunggu di terminal sehingga kekasihnya tiba. Cirk terus menunggu selama 10 hari dan akhirnya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana keletihan melampau.

dutchman-chinese-dating3

Kekasih online Cirk yang dikenali sebagai Zhang telah menghubungi stesen televisyen Hunan selepas mendengar berita tersebut, namun mendakwa tidak pernah menjangkakan kedatangan lelaki itu. Cirk rupa-rupanya pernah menghantar maklumat penerbangannya kepada Zhang sebelum dia berlepas, namun ia tidak difahami oleh kekasihnya. Zhang turut menjelaskan bahawa dia dan Cirk sebenarnya telah berbincang dan membuat keputusan untuk menunggu satu tahun sebelum bersua muka.

dutchman-chinese-dating4

Lebih malang buat Cirk, Zhang turut memberitahu bahawa dia tidak dapat berjumpa dengan lelaki itu kerana dia berada di tempat lain untuk menjalani pembedahan kosmetik. Walaubagaimanapun, dia merancang untuk meneruskan percintaan online dengan Cirk apabila mereka kembali berhubung kelak.

Pesanan kami buat yang sedang bercinta atas talian; pandai-pandailah bro!

NEXTSHARK