Jutawan terkenal di Malaysia semakin ramai, antara yang sudah menjadi bualan mulut di setiap masyarakat kita ialah Dato Alif Syukri dan Datuk Seri Vida yang merupakan usahawan kosmetik.

Mereka turut mendedahkan kediaman mereka dalam satu rancangan program 'Terlajak Puteh, Nampak?' yang dihoskan oleh Dato' Aznil Hj Nawawi (Pak Nil).

 

Program tersebut menunjukkan kemewahan yang diperolehi oleh setiap jutawan yang ditemu ramah. Anda boleh lihat betapa mewahnya kediaman setiap jutawan tunjukkan dan pelbagai barang mewah terdapat di rumah mereka.

Namun, lain pula jika dibandingkan jutawan dunia yang sudah menjadi terkenal di seluruh negara iaitu pengasas laman sosial Facebook.com, Mark Zukerberg.

 

Jika nak dibandingkan harta beliau dengan harta kedua-dua jutawan Malaysia ini, teramat la jauh bezanya.

Setakat ini, Mark dikatakan memiliki harta sebanyak 56.7 bilion bersamaan RM250,806,780,000 (sehingga 2017).

 

Walaupun harta sudah melebihi dari apa yang diimpikan sebelum ini, namun beliau tidak menunjukkan kemewahannya kepada khalayak ramai.

Jika anda lihat pada gambar, anda boleh saksikan bahawa Mark hanya duduk rumah banglo sederhana sahaja sedangkan beliau boleh membeli rumah agam untuk keluarganya.

 

Lebih menarik lagi, beliau turut mengakui lebih selesa memakai baju t-shirt dan terdapat banyak helaian t-shirt yang mempunyai corak yang sama.

Sifat hidup secara sederhana Mark boleh menjadi contoh untuk kita semua terutama yang sedang mengejar karier atau kemewahan. Dikatakan, Mark sedang merancang untuk memberikan 99% saham pegangannya di dalam Facebook kepada badan amal hanya atas dasar sedekah.

Sumber: Iluminasi.com