Wangi Qi merupakan seorang tentera China yang ditugaskan sebagai juruukur China semasa perang China-India pada tahun 1963. Pada ketika itu, beliau tidak sedar bahawa beliau telah memasuki negara India dan lebih dari 50 tahun beliau masih tidak dapat untuk pulang ke kampung halamannya di China.

Dalam temu bual bersama BBC, Qi menjelaskan bahawa beliau telah ditugaskan untuk membina jalan raya bagi tentera China pada ketika itu dan telah ditangkap secara tidak sengaja oleh palang merah dan diserahkan kepada pihak berkuasa India.

Qi juga dikenali dengan nama dari India, Raj Bahadur, dimana beliau telah menghabiskan masa tujuh tahun di penjara yang berbeza dan akhirnya beliau telah dibebaskan oleh mahkamah pada tahun 1969.

Kini beliau sudah berusia lebih daripada 80 tahun dan tinggal di kampung Tirodi bersama keluarga India-nya, di wilayah Madhya Pradesh.

Dalam temubualnya bersama BBC, Qi hanya mampu bercakap dengan abangnya Wang Zhiyuan, 82 untuk kali pertama dalam masa 54 tahun melalui panggilan video selepas beliau pergi ke pejabat kerajaan dengan bantuan internet.

Qi dan abangnya bercakap dalam bahasa Mandarin dan panggilan tersebut berlangsung selama 17 minit.

"Saya tidak dapat mengenalnya. Beliau kelihatan begitu lama dan dia hidup hanya untuk saya," jelas Qi.

Beliau masih tidak tahu sama ada dia seorang banduan perang atau tidak. Tetapi Qi telah menafikan dokumen rasmi atau kewarganegaraan India oleh pihak kerajaan.

Beliau juga turut menafikan kebenaran untuk pulang ke China bagi berjumpa tiga adik-beradik dan dua adik beradiknya telah kembali ke Xianyang, di Wilayah Shaanxi.

Pada tahun 2013, Qi telah memperolehi passprt tetapi masih menunggu jawapan dari Kementerian Dalam Negeri Persekutuan India.

Beliau turut menjelaskan bahawa telah mendengar banyak perkara tentang Perdana Menteri India, Narendra Modi dan Menteri Dalam Negeri, Sushma Swaraj dalam membantu warga asing yang terperangkap di India untuk kembali ke tanah air mereka.

Qi berdoa dan berharap kedua-dua pemimpin itu dapat membantunya untuk kembali ke China dan berjumpa ketiga-tiga adik beradiknya.

"Saya adalah anak yang paling disayangi oleh ibu saya dan beliau telah meninggal pada tahun 2006. Tiga tahun kemudia salah seorang anak saudara saya Wang Yi Chun telah bertemu dengan saya di New Delhi dengan bantuan jurubahasa. Sejak 2014, Saya cuba untuk mendapat kebenaran untuk pergi ke China tetapi ia seolah-olah hanya dalam mimpi sahaja," Jelas Qi sambil berlinang air mata.

Harap Qi dapat pulang ke pangkuan keluarga asalnya di China dan semoga penderitaan Qi selama lebih 50 tahun di India dapat diselesaikan dengan segera.

Sumber: Nextshark