Selfie atau dikenali swafoto adalah gambar yang diambil oleh anda sendiri dengan menggunakan kamera di hadapan. Tetapi itu bukan persoalannya.

 

Kebanyakkan selfie diguna oleh golongan wanita berbanding lelaki kerana wanita sering menunjukkan apa yang digayakan termasuk tempat ditujui dan makanan yang dibeli.

 

Tahukah anda bahawa 70% lelaki tidak sukakan wanita yang gemar terhadap selfie. Jika lihat pada sekeliling anda, pasti anda pernah lihat sekumpulan wanita melakukan selfie dikawasan terbuka, taman tema, majlis-majlis, kenduri kahwin dan sebagainya.

 

Sebelum ini, Amran Fans telah membuat kajian secara rawak mengenai hubungan percintaan dan rata-rata lelaki telah memberi komen dan pendapat mereka sendiri. Kebanyakkan komen menyatakan mereka tidak suka perempuan yang jenis suka menunjuk dan pemalas.

 

 

Sebab Lelaki Tak Suka Kaki Selfie

Ada beberapa sebab kenapa sesetengah lelaki tidak suka terhadap wanita yang gemar terhadap selfie. Ia bukannya kerana cemburu dengan kelebihan wanita itu ada.

 

Sebaliknya, perempuan yang banyak selfie pada ketika ini digambarkan sebagai 'syok sendiri'. Ia kerana selfie yang diambil tidak kena tempat dan waktu. Ada segelintir wanita suka mengambil ketika makan, perkara yang pertama yang mereka pentingkan ialah gambar!

 

Selagi tiada gambar diambil, selagi itu anda tidak boleh makan lagi! Apabila pergi ke kedai lain pula, makanan disitu pula menjadi tumpuan untuk diambil gambar. Dan kebanyakkan gambar hanya semata-mata untuk mendapat pujian dan like di laman sosial Instagram.

 

Untuk pengetahuan anda, selfie juga merupakan salah satu sebab mengapa golongan wanita sering tidak berasa yakin terhadap diri mereka sendiri. Ada yang sangkakan mereka perlukan diet sedangkan mereka kelihatan sudah kurus dan terdapat juga golongan yang bertanyakan kepada pengikut (followers) mereka bagaimana untuk menjadi cantik sedangkan mereka sudah pun cantik!

 

Perkara boleh menjadi rumit apabila si golongan wanita ini lihat persaingan wanita yang jauh lebih baik daripada mereka. Disitu anda boleh lihat sejauh mana mereka tidak yakin terhadap diri mereka!

 

Kedua-dua faktor itu merupakan isu yang sering digunakan golongan wanita untuk menarik perhatian lelaki secara tidak langsung. Jika anda pergi tanya mereka sendiri sudah semestinya mereka tidak akan mengaku ia ditujukan untuk mendapat perhatian malah mereka akan memarahi anda semula kerana sibuk terhadap kehidupan mereka sedang jalani.

 

Tetapi jika anda lihat pada kasarnya, itulah cara untuk mendapat perhatian daripada orang yang anda minat. Jika tidak terlalu menonjol, orang tak akan perasan. Tapi bila dah ramai sangat perasan tentang apa yang anda lakukan, tidakkah itu dipanggil 'attention seeker'?

Sesetengah lelaki tidak suka perempuan jenis yang kaki selfie kerana ia terlampau menonjol diri kepada umum dan membuatkan diri mereka dikejar oleh lelaki lain. Perkara ini sering terjadi pada pasangan yang sedang menjalinkan hubungan cinta.

 

Selain itu, perempuan yang gemar selfie kebanyakkan ego dan keras kepala. Mereka hanya fikirkan tentang diri mereka di alam maya berbanding dengan kehidupan realiti. Bukan semua wanita tetapi segelintir wanita.

 

Selfie merupakan satu kaedah bagi memudahkan kita untuk mendapat tangkap momen atau gambar sebagai satu memori indah. Jangan jadikan selfie itu sebagai satu memori murahan dengan menggunakannya tidak mengira tempat dan waktu.

 

Jika fikirkan balik, kenapa terdapat kes kematian melibatkan selfie? Ia kerana anda sendiri tidak memikirkan adakah ia penting untuk anda mengambil selfie di tempat dan waktu pada ketika itu. Fikirkan.