Hadi Wibawa, seorang pelajar di London yang berasal dari Medan, Indonesia ini pulang ke kampung halamannya selepas tiga tahun. Sepanjang pengajiannya, lelaki ini telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg.

Hadi yang tidak pernah bertemu keluarganya sejak ke London telah merancang untuk membuat kejutan kepada ibu bapanya dengan penampilan baru tersebut. Bersama salah seorang abangnya, mereka mengatur prank tersebut di sebuah restoran ketika makan tengah hari. Saksikan reaksi keluarga Wibawa terhadap kepulangan Hadi melalui video ini.
 

 

 

 

Kami sangat terharu dengan reaksi ibu Hadi yang terus dapat mengecam anaknya walaupun hampir kelihatan seperti orang lain. Reaksi bapa Hadi pula amat melucukan, kerana dia mengambil sedikit masa untuk percaya bahawa lelaki di meja sebelah itu adalah anaknya. Reaksi sang bapa, "dia [lelaki di sebelahnya itu] memang seperti Hadi, tetapi lebih kacak" memang buat kami gelak.

Kami teringin juga nak tahu rahsia Hadi turunkan berat badan. Nampak lebih fit dan awet muda. Apa pun, tahniah buat Hadi dan keluarga!